Mahathir Hina Sabah dan Sarawak Selepas 22 Tahun Gagal Memajukannya
00:04 Apr 03, 2018  |  By SabahKini2
Mahathir Hina Sabah dan Sarawak Selepas 22  Tahun Gagal Memajukannya

Tetapi mana pergi duit minyak Sabah dan Sarawak? Dr Mahathir lebih pentingkan pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang daripada membina jalan raya dan membangunkan prasarana di Sabah dan Sarawak

PUTRAJAYA: Pembangunan di Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding Tanah Melayu disebabkan sikap tamak pemimpin yang mementingkan diri sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata Sabah dan Sarawak dibelit oleh pentadbir yang melakukan kerosakan kerana mahukan duit cepat.

“Mereka nak cari jalan mudah. Tebang pokok, lama-lama botak. Ini bukan caranya. Sabah dan Sarawak banyak hasil, mereka ada potensi untuk maju,” katanya.

Di forum Cabaran Ekonomi Anak Muda yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi, Dr Mahathir berkata umum tahu Sabah dan Sarawak akan maju jika segala hasil negeri diurus dengan baik oleh pemimpin yang mengutamakan rakyat.

“Saya yakin kalau ada kerajaan pusat yang perihatin terhadap Sabah dan Sarawak maka segala prasarana dapat dibangunkan. Yang sudah bangun itu bangun lah tapi masih tak mencukupi. Kita nak supaya ada kerajaan yang mewakili rakyat,” katanya.

Pemimpin Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak hari ini menghentam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyalahkan pentadbir “tamak” penyebab pembangunan Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding Tanah Melayu.

Menteri Sumber Ali dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kenyataan Dr Mahathir di satu majlis semalam “tidak tepat dan tidak adil”.

“Kalau Dr Mahathir benar-benar prihatin tentang merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, dia patut peruntukkan lebih banyak sumber kepada kedua-dua negeri itu.

“Tetapi mana pergi duit minyak Sabah dan Sarawak? Dr Mahathir lebih pentingkan pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang daripada membina jalan raya dan membangunkan prasarana di Sabah dan Sarawak,” katanya.

 
Manakala di Sabah pada tahun 1996 kuasa Imigresen yang ada pada kerajaan negeri cuba dihapuskan dengan alasan memberi keadilan kepada semua negeri tetapi berjaya dikekang selepas pemimpin-pemimpin negeri membantah keras langkah berkenaan.

Pemimpin-pemimpin Sabah sendiri mengakui semasa zaman Dr. Mahathir, MA63 seolah-olah menjadi dokumen paling dirahsiakan sehingga tiada sesiapa yang berani bercakap tentang perkara itu secara terbuka kerana akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa sebab.

Pada masa sama, dalam aspek pembangunan pula, rakyat Sabah hanya mampu melihat pelbagai mercu tanda kemajuan negara ditumpukan di Semenanjung oleh Dr. Mahathir.

Persoalan mereka mudah, kenapa semua mercu tanda kemajuan negara itu tertumpu di sana sedangkan kebanyakan hasil bumi di Sabah sudah diambil oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir. Tidak layakkah Sabah diberikan lebih?

Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau lebih peka kepada keperluan rakyat Sabah malah hak-hak negeri di dalam MA63 menjadi perbincangan terbuka apabila Najib berjanji akan memulangkan jika ada yang terambil di peringkat Pusat sebelum ini.

Lebuh Raya Pan Borneo Sabah merupakan projek paling bernilai yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri ini dan akan siap pada 2021 serta pelbagai lagi peruntukan kepada Sabah demi memastikan kebajikan rakyat negeri ini sentiasa dibela.

Selepas menghina pemimpin Sabah dan Sarawak hari ini Dr Mahathir  berkata PH perlukan sokongan dan mandat daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

“Kita perlu wakil daripada Sabah dan Sarawak dalam kerajaan akan datang. Kita perlukan tokoh di Sabah dan Sarawak".

Rakyat Sabah dan Sarawak akan menilai penghinaan Mahathir ini

2 Comments