Mahkamah Sesyen Tukar Tarikh Bicara Kes Skandal Air Sabah 7 Mei
17:04 Apr 03, 2018  |  By SabahKini2
Mahkamah Sesyen Tukar Tarikh Bicara Kes Skandal Air Sabah 7 Mei

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat perubahan jadual perbicaraan pada 7 Mei

KOTA KINABALU: Perbicaraan kes pengubahan wang haram melibatkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan 3 individu lagi telah tukar tarikh ke bulan depan.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak pendakwaan dan pembelaan menerima surat bertarikh 28 Mac daripada Mahkamah Sesyen bahawa perbicaraan itu yang dijadualkan bermula hari ini, dijadualkan semula ke 7 hingga 11 Mei 2018. Pertukaran tarikh adalah ditentukan oleh pihak Mahkamah Sesyen.

Perbicaraan itu dijangka didengar di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, isterinya, Fauziah Piut, 51, bekas Timbalan Pengarah JANS, Teo Chee Kong, 52, dan seorang lagi bekas timbalan pengarah Lim Lam Beng, 62, akan dibicarakan atas 183 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM100 juta.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu melalui penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan projek yang dibiayai oleh JANS antara 2010 dan 2016.

20 Mac lalu Mahkamah menetapkan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Teo Chee Kong, dibicarakan serentak dengan tiga tertuduh lain bagi kes pengubahan wang haram pada 4 dan 5 April depan.

Comment