Logo Roket Kekal Di Sabah dan Sarawak, Di Semenanjung Guna Logo PKR
18:04 Apr 05, 2018  |  By SabahKini2
Logo Roket Kekal Di Sabah dan Sarawak, Di Semenanjung Guna Logo PKR

Untuk berkuasa DAP sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggunakan logo PKR. Namun di Sabah Sarawak DAP kekal gunakan roket.Nampak tak keikhlasan DAP?

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya DAP tidak akan menggunakan logo rasmi roket DAP pada PRU14, sebaliknya menggunakan satu logo bersama Pakatan Harapan iaitu Logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan keputusan untuk tidak menggunakan logo roket dalam pertempuran pilihan raya bukanlah satu keputusan mudah untuk DAP, tetapi inilah pengorbanan.

“Harapan telah bermesyuarat dan putuskan untuk guna satu logo bersama untuk menghadapi PRU14 kali ini.

“Bagaimanapun logo roket kekal digunakan di Sabah dan Sarawak”.

“Pertama kali tak guna logo roket, bukanlah satu keputusan mudah untuk dicapai tapi DAP bersetuju untuk guna loga bersama yang akan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad esok di Johor,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengakui bahawa tanpa penggunaan logo roket akan memberi impak kepada pilihan pengundi.

“Akan ada impak, memang tak boleh nafikan kesan itu. Tapi ini keputusan berat yang DAP ambil untuk buktikan kesungguhan Pakatan Harapan untuk bersatu hati menumbangkan BN.

“Kita tak ada pilihan lain untuk rampas Putrajaya, jadi penting untuk kita guna satu logo sahaja,” katanya.

Penerimaan DAP terhadap logo PKR adalah satu usaha penyamaran pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia dan di Sabah Sarawak DAP mengekalkan logo DAP kerana bimbang pengundi keliru dengan logo PKR.

Menurutnya, selaku Setiausaha Agung DAP bukan satu keputusan mudah untuk pertama kalinya masuk medan pilihan raya tanpa guna logo roket.

“Bukan sesuatu yang mudah untuk diterima tapi demi capai satu matlamat tundukkan BN adalah penting untuk buktikan kepada rakyat di Semenanjung Malaysia kita sebagai satu pasukan yang akan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Guan Eng menegaskan, ini juga membuktikan bahawa DAP tidak pernah menuntut jawatan Perdana Menteri seperti didakwa namun ramai melihat ini satu usaha DAP memainkan peranannya sebagai ‘king maker’ di belakang tabir. Buktinya mereka tidak berani melakukannya untuk Sabah dan Sarawak.

Lim Guan Eng berharap penggunaan logo PKR dapat membantu menepis dakwaan DAP menguasai Pakatan Harapan. DAP hanya menunjukkan usaha beraninya di Semenanjung tetapi amat takut melakukannya di Sabah dan Sarawak. Kenapa takut sedangkan ini perkara biasa dalam parti.

Hari ini turut menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut dibatalkan sementara pendaftarannya dan diberi tempoh sebulan untuk menghantar segala dokumen berkaitan. Ini mengesahkan jika pembubaran Parlimen esok (6 April 2018) selepas mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya maka PPBM sah tidak bertanding dalam pilihanraya ke 14 ini.

Pada PRU ke 14 ramai pemimpin Sabah tempatan meminjam menggunakan Parti dan Logo PKR namun akhirnya mereka tewas di Sabah.

Untuk rekod perkhidmatan PKR Sabah tidak begitu baik berbanding DAP. Para pemimpin DAP Sabah juga menentang penggunaan logo PKR di Sabah.

Comment