Rahsia Azmin Terbongkar: Pengerusi dan Timbalan AJK Peneroka Terima Rasuah RM150,000
04:04 Apr 06, 2018  |  By SabahKini2
Rahsia Azmin Terbongkar: Pengerusi dan Timbalan AJK Peneroka Terima  Rasuah RM150,000

Azmin main 'tikam-tikam' di Sidang Dun.Kali ini Pengerusi dan Timbalan jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai ditahan SPRM terima rasuah. Azmin terkedu rahsia terbongkar.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki kerana menerima rasuah berhubung jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah.

Kedua-dua mereka yang ditahan merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan 66 tahun.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 12.30 tengah hari khamis lalu ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Dalam tempoh 24 kemudiannya mereka ditahan SPRM.

"Mereka menerima rasuah daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

"Kedua-dua mereka menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan bagi melakukan perkara berkenaan.

Antara Konsultan yang membayar Rasuah kepada Pengerusi dan Timbalan jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama
di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar Datuk diketuai Dato' Chin Chan Leong telah direman bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes berkenaan.

Azmin sebelum ini menjelaskan di Dun akan pembayaran pampasan namun kini susulan terbaru Pengerusi dan Timbalan yang menerima rasuah dari syarikat konsultan pasti memberi tekanan kepada kerajaan Selangor betapa wujudnya gejala rasuah projek itu.

Comment