Manifesto BN Inklusif, Konsisten Agenda Perkasa MA63 - Anifah Aman
00:04 Apr 08, 2018  |  By SabahKini2
Manifesto BN Inklusif, Konsisten Agenda Perkasa MA63 - Anifah Aman

Manifesto Barisan Nasional juga menekankan sifat konsensus dan 'power sharing' yang sebenar antara negeri dan pusat: konsisten dengan agenda memperkasakan semangat MA63.

KENYATAAN PENUH DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN

Manifesto Barisan Nasional bagi PRU 2018 bersifat inklusif, realistik dan berkesinambungan dengan apa yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini.

Manifesto Barisan Nasional juga menekankan sifat konsensus dan 'power sharing' yang sebenar antara negeri dan pusat: konsisten dengan agenda memperkasakan semangat MA63. Mengenali YAB Perdana Menteri, saya yakin dengan ketulusan beliau untuk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan pada pihak kerajaan Persekutuan - khususnya pada zaman sentralisasi kuasa di bawah pimpinan Tun. Dr. Mahathir dahulu. 

Dalam hal ini, Manifesto Barisan Nasional adalah jauh lebih ke hadapan dalam pemerkasaan negeri-negeri Borneo berbanding Pakatan Harapan. Bahkan, cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak MA63 dalam Manifesto Pakatan Harapan adalah 'redundant', kerana sudah pun dilakukan oleh Kerajaan BN pimpinan YAB Dato' Sri Najib Razak - dengan saya sendiri mempengerusikan jawatankuasa tersebut. Ini sekaligus menunjukkan betapa Pakatan Harapan sebenarnya tidak peka dengan sebarang perkembangan berkaitan MA63. 

Justeru, demi kesinambungan dan pembangunan berterusan rakyat Sabah, saya berharap agar sokongan dan mandat diberikan semula kepada Barisan Nasional.

Dato' Sri Anifah Haji Aman
7 April 2018
Kuala Lumpur

 

Lampiran: 

 

 

1 Comment