Sebuah syarikat tempatan, Lincah Hebat Utama Sdn. Bhd yang dikaitkan dengan keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT Sabah) Tun Datuk Seri Panglima Juhar dilaporkan telah dianugerahkan lesen penerokaan (Prospecting License) mineral oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk menjalankan kerja-kerja penerokaan bagi pelbagai jenis logam dan mineral berharga di kawasan seluas 17,600 hektar tanah kerajaan di Sabah.
Dalam suatu dokumen yang ditularkan di laman sosial menunjukkan lesen PL yang dikeluarkan di bawah Seksyen 8 Ordinan Perlombongan 1960, membenarkan syarikat tersebut menjalankan kerja pencarian logam seperti emas, tembaga, perak, platinum, zink, nikel, kobalt, kromium serta mineral lain yang mempunyai nilai ekonomi.
Pelan No. L.S.C.4326.351/(65) Lampiran A
Tempoh lesen adalah selama dua tahun bermula dari 2 Januari 2025, dan tertakluk kepada beberapa syarat serta kelulusan Kerajaan Sabah. Bermakna PL ini tak kekal sehingga tempoh 2 tahun kerja-kerja penerokaan atau cari gali dilakukan.
Menurut dokumen rasmi rujukan fail SMM/GEN/ 2024 - 02 (1) ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Ukur, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, kawasan PL yang diluluskan adalah seperti yang diperincikan dalam Pelan No. L.S.C.4326.351/(65) Lampiran A.
Agensi Kerajaan itu menjelaskan bahawa lesen ini boleh dibatalkan sekiranya tiada aktiviti penerokaan dilakukan dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan.
Daripada rujukan fail SMM itu menunjukkan permohonan ini telah diluluskan tahun 2024 lagi ketika Tun Datuk Seri Panglima Juhar masih menjawat jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah sebelum penggalnya berakhir 31 Disember 2024.
Namun semakan menunjukkan permohonan syarikat anak menantu TYT ini telah dibuat sejak 31 Januari 2019, ditandatangani oleh Datuk Haji Mohd Salleh Bin Haji Abbas, Setiausaha Sumber Asli Sabah pada ketika itu (era kerajaan WARISAN) - “Lincah Hebat Utama Sdn Bhd telah memohon untuk permit carigali di kawasan Bukit Bidu-Bidu, Labuk Valley, Beluran, Sandakan seluas 620 kilometer persegi.” 620 km² ini bersamaan dengan lebih 153,205 ekar – iaitu lebih tiga kali ganda berbanding kawasan yang akhirnya diluluskan baru-baru ini (43,490 ekar). Ia pengurangan lebih 70% daripada permohonan asal yang diproses di zaman Warisan.
MENGAPA TUN JUHAR?
Siapa tidak kenal Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah selama 14 tahun, dari tahun 2010 hingga 2024. Kemelut perlembagaan dicetuskannya pada mei 2018 menyebabkan Tan Sri Musa Aman bekas Ketua Menteri Sabah itu menjadi pelarian politik dan berlaku saman-menyaman perebutan Ketua Menteri.
Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri dan Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN berpadu tenaga menggunakan kuasa menekan Tan Sri Musa habis-habisan. Shafie menggunakan SPRM dan mahkamah, Ketua Hakim Negara (Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum) dan Tun Dr Mahathir untuk memusnahkan Tan Sri Musa dan keluarganya. Tun Musa Aman tiada pilihan terpaksa melarikan diri dengan tekanan yang sangat teruk.
Itulah manusia tuahnya siapa yang tahu kini Tun Datuk Seri Pangliman Musa Hj Aman menjadi TYT Sabah yang baharu menggantikan Tun Juhar.
Sepanjang Tun Juhar sebagai TYT Sabah, beliau terkenal sebagai pemberi ‘Surat Kuning’ kepada syarikat Pembinaan Azam Jaya melalui beberapa siri projek Lebuhraya Pan Borneo dan flyover di negeri Sabah. Habis semua keluarga Shafie, isterinya, keluarga Azam Jaya malah anak menantu diberikan gelaran Datuk.
Kisah Azam Jaya yang kebal boleh dibaca dalam Sabahkini2.
BACA ARTIKEL BERKAITAN -
Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni
SPRM dakwa Victor Voo pengurus projek Azam Jaya buat tuntutan palsu hampir RM 50 juta hari ini
Pengurus Projek Azam Jaya didakwa di Mahkamah buat tuntutan palsu RM46.8 Juta
Pendek kata Tun Juhar merupakan TYT kesayangan Shafie Apdal dan penyokong Warisan. Cakaplah apapun Warisan akan mempertahankannya. Lantaran itu terdapat ura-ura Langkah Kinabalu dipatahkan lebih awal.
Siapa berani melawan Tun Juhar? Kuasa ditangannya. Semua Ketua Menteri Sabah yang dilantik perlu akur kepadanya kerana kuasa pelantikan Ketua Menteri ada padanya. Anak menantunya diarah diberi jawatan dan semua projek Jalan bernilai ratusan juta diberi kepada Syarikat Azam Jaya sehingga disaat akhir jawatannya pada 31 Disember 2024.
Tuduhan Kronisme oleh Warisan
Disaat Kartel Albert Tei sedang menyerang Kerajaan Sabah berhubung isu Prospecting License (PL) kerana 13 syarikatnya telah dibatalkan oleh Kerajaan Sabah, pendokong dan siber tropper Warisan membuat persepsi baru menuduh pemberian lesen penerokaan kepada syarikat Lincah Hebat Utama Sdn. Bhd merupakan kroni Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Datuk Arifin Arif Menteri Tugas-tugas Khas. Namun semua ini tidak benar!
Warisan jangan lebih-lebih membongkar kerana bakal membuka syarikat milik bekas TYT kesayangan Warisan.
SIAPA PEMIILIK LINCAH HEBAT UTAMA SDN BHD?
Syarikat Lincah Hebat Utama Sdn. Bhd merupakan syarikat keluarga milik Tun Juhar. Apa pilihan Ketua Menteri jika TYT Sabah dan menantunya meminta lesen PL?agensi seperti SMM dan JTU berani menolak permohonan ini?
Semakan menunjukkan Pengarah dan Pemegang saham syarikat Lincah Hebat Utama ialah Omar Raisul Nisah Syamsiah Binti Sulaiman dan Dennis Melwani. Siapa Omar Raisul Nisah Syamsiah Binti Sulaiman?
Omar Raisul Nisah Syamsiah Binti Sulaiman beralamat di Level 25, A25/10 Jalan Sulaman Condominium Tower A 1Borneo dan sebagai pengundi Sepanggar merupakan adik kepada Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar.
Analisis syarikat Lincah Hebat Utama Sdn Bhd (LHUSB)
Siapa Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar? Beliau merupakan menantu kesayangan Tun Juhar Mahiruddin
Ketika Tun Juhar sebagai TYT Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar sebagai menantu Tun Juhar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS). Ialah siapa nak tegur dan tak layan TYT Sabah kan.
Kenapa dia layak jadi Pengerusi? sebab dia menantu TYT
Bukan itu sahaja menantu Tun Juhar itu juga dilantik sebagai Pengerusi UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST), anak syarikat milik Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sekali lagi Tun Juhar TYT Sabah merupakan Canselor UMS. Siapa berani tak lantik?
UMS Investment Holdings Sdn. Bhd dulu dikenali sebagai UMS Link Holdings Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang rugi sejak Prof Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor UMS dan BOD UMS Holdings dengan kerugian terkumpul sebanyak RM6,329,565 dalam hasil terdahulu. Walau bagaimanapun, ia mencatatkan keuntungan kecil pada tahun 2023, dengan keuntungan selepas cukai RM68,891 di bawah Datuk Dr Kassim Naib Canselor sekarang.
Apakah lesen PL ini adalah permintaan terakhir Tun Juhar? Atau bolehkah dianggap kelulusan Prospecting License kepada syarikat keluarga Tun Juhar Mahiruddin sebagai hadiah penggal terakhir sebagai TYT? Berakhir 31 Disember 2024 dan pada 2 Januari 2025 diluluskan kepada syarikat keluarganya.
Kini terdapat ura-ura tidak manis didengar ialah Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Bin Datuk Haji Sulaiman Omar mula menjual lesen PL Lincah Hebat Utama Sdn. Bhd kepada syarikat Malaya. Siapa dia? Datuk Albert Tie ke? Syarikat Singapura atau China? Beliau mempunyai dua tahun untuk menjual lesen PL ini bagi kerja-kerja penerokaan yang tidak mudah dan perlukan kos yang sangat besar.
Jika lesen PL ini dijual kepada Syarikat Malaya diharap Kerajaan Sabah membatalkan lesen ini kerana ia penyerahan 17,600 hektar tanah Kerajaan.
Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah menantu Tun Juhar selaku Pengerusi Baitumal perlu menjelaskan perkara ini. Tak mungkin adiknya Omar Raisul Nisah Syamsiah Binti Sulaiman membuat kerja-kerja pelombongan? Adiknya hanya penama dalam syarikat.
Atau Ketua Menteri Sabah wajar menamatkan khidmat Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah sebagai Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS)yang mungkin menjadi bahan netizen politik selepas ini. Lagipun tak sesuai kaki judi dan perempuan sebagai Pengerusi PBNS itu.