Polis tahan Dato’ Sri Thomas Hah, suami Pamela Ling berhubung penculikan dan penipuan
13:05 May 16, 2025  |  By SabahKini2
Polis tahan Dato’ Sri Thomas Hah, suami Pamela Ling berhubung penculikan dan penipuan

Dato’ Sri Thomas Hah adalah saspek dan kini ditahan tetapi tidak direman. Siapa tidak kenal Thomas Hah 'Scammer' yang dilindungi 'kabel' besar. Penyondol, pencuri balak, tanah dan penipu..

Polis semalam mengumumkan  menahan Dato’ Sri Thomas Hah suami kepada Pamela Ling Yueh, yang diculik ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM pada 9 April lalu.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa kepada wartawan

“Disahkan (suaminya) ditangkap di kawasan Kuala Lumpur awal pagi ini.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya

Menurut Rusdi, polis telah memohon perintah reman terhadap suaminya iaitu seorang ahli perniagaan Malaysia di mahkamah majistret di Putrajaya tetapi ditolak. Nampaknya suami Pamela Ling ni bukan calang orang juga mahkamah boleh menolak remannya

Sabahkini2 sebelum ini melaporkan mengenai skandal rumah tangga Thomas Hah yang menyebabkan perceraian dengan Pamela Ling. Kes di bawa ke mahkamah dan terdapat desas desus penglibatan timbalan pengarah pengarah Siasatan SPRM berhubung meminta Pamela menyelesai kes dan kesnya ditarik balik. Semua ini tular melalui rakaman penjelasan Siti Kasim dalam tiktok baru-baru ini. Bagaimanapun pegawai berkenaan melaporkan kepada pihak berkuasa menafikan penglibatannya

ARTIKEL BERKAITAN- Misteri kehilangan Pamela Ling Yueh: Kecurangan Thomas Hah, perceraian dan bakal saksi kes SPRM antara punca?

Kes Pamela Ling hilang terus menjadi misteri. Semakin digali seolah-olah ada pihak melakukan cubaan menutup kes.

Sebelum ini beberapa media juga melaporkan pertikaian penceraian berprofil tinggi antara Datin Sri Pamela dengan suaminya Dato Sri Thomas Hah yang memang di Sabah terkenal sebagai Ahli Perniagaan ‘Scammer’.

Thomas Hah bersama isteri kedua (Sebelum ini skandal)


Datin Sri Pamela dikatakan turut melaporkan  dakwaan tandatangan palsu dan penipuan label makanan halal.

Dokumen mahkamah yang difailkan Pamela Ling di Singapura mendedahkan dakwaan bahawa suaminya, Thomas Hah Tiing secara salah mengisytiharkan produk daging tanpa sijil halal sebagai halal bagi mengeksploitasi kadar cukai import yang lebih rendah.

Pada 7 April lalu, dua hari sebelum kehilangannya, Ling dilapor memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pengarah Imigresen.

Dalam permohonannya, Ling memohon agar waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru terhadapnya pada 2 Disember 2024 dibatalkan.

Dia juga memohon deklarasi bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa menghalang sesiapa meninggalkan Malaysia kecuali melalui saluran sah, pemulangan dua telefon bimbit yang dirampas SPRM, perintah mandamus memaksa Imigresen membenarkannya keluar dari Malaysia serta pampasan sebanyak S$20,401.14 (RM67,700) dan RM70,000 bagi perbelanjaan yang telah ditanggung, selain tuntutan lain.

Menurut laporan Pamela Ling mendakwa tandatangannya dipalsukan pada Julai 2023 dalam beberapa dokumen pemindahan saham dan resolusi lembaga yang mengakibatkan pemindahan lebih separuh pegangan sahamnya dalam Multi Galaxy Pte Ltd (dahulunya Joinland Group Pte Ltd) kepada Hah. Syarikat itu terlibat dalam penyewaan hartanah dan pembalakan.

Ling dalam permohonan semakan kehakimannya mendakwa penahanan, sekatan perjalanan dan tindakan pihak SPRM terhadapnya bertujuan memaksa dirinya menggugurkan tuntutan berkaitan harta sepencarian dan pertikaian lain dengan Hah.

Pamela Ling pada Disember 2023 membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Korporat dan Perakaunan (ACRA) Singapura mempertikaikan kesahihan pemindahan saham itu dan turut membuat laporan polis di Singapura menuduh Hah memalsukan tandatangannya.

 

Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu pencuri balak

Kontroversi syarikat Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu bukan baharu kerana beliau melalui Joinland Group Pte Ltd melakukan pembalakana  haram di Papua New Guinea (PNG). Beberapa laporan dari organisasi pemantau seperti Global Witness dan PNGi Central mendakwa bahawa projek agro-perhutanan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat di bawah JoinLand Group, seperti Maxland (PNG) Limited dan Joinland Management (PNG) Limited, sebenarnya digunakan sebagai alasan untuk menjalankan pembalakan berskala besar tanpa memenuhi janji pembangunan pertanian yang dijanjikan kepada komuniti tempatan.

Balak ditebang tetapi janji untuk menanam ladang getah tidak dibuat. Ia melibatkan pencurian balak lebih 650,000 meter padu kayu bernilai lebih US$65 juta (RM278 juta) dari pulau New Hanover dan Pulau Manus.

Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu juga cuba menipu pelaburan tanah di Pulau Balambangan, Kudat, Sabah bagi Projek penternakan kambing namun beliau gagal dan tanah itu diambil semula oleh pihak kerajaan.

 

Comment