Kebakaran di Kampung Indarason Laut memusnahkan tiga buah rumah
16:05 May 16, 2025  |  By SabahKini2
Kebakaran di Kampung Indarason Laut memusnahkan tiga buah rumah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.08 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi sejauh 45 kilometer dari jarak balai.

KUDAT: Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Indarason Laut, di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.08 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi sejauh 45 kilometer dari jarak balai.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah tidak kekal iaitu rumah pertama bersaiz 30x40 kaki, manakala rumah kedua dan ketiga masing-masing berukuran 20x30 kaki yang mana ketiga-tiganya terbakar seratus peratus. 

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan, dan sumber air diperoleh daripada tangki jentera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.05 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah operasi sepenuhnya tamat jam 11.54 pagi.

Comment