Isu gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mencetuskan keresahan dalam kalangan pelajar dan menjadi tular hingga menjejaskan imej Kerajaan Negeri Sabah.
Mei 2023 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menangani masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dana ini bertujuan membiayai projek penggerudian air bawah tanah dan pembinaan pusat rawatan air bagi mengurangkan beban kira-kira 20,000 pelajar yang terjejas akibat gangguan bekalan air. Namun isu air UMS tidak pernah selesai sejak UMS itu dimulakan di Jalan Sulaman.
Tangki yang disediakan bagi menempatkan bekalan stok air dari sumber Telaga Tiub nampaknya
belum menyelesaikan masalah air UMS
Terbaru dari sumber dalaman UMS isu air berlaku bukanlah kelemahan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), tetapi kegagalan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran bawah Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik menguruskan isu air.
Isu kegagalan UMS ini menjadikan pelbagai pihak saling menuding jari antara satu sama lain, diakui Jabatan Air Negeri Sabah sebelum ini memang ada kelemahan namun kali ini kesalahan adalah berpunca daripada UMS.
Dalam erti kata yang lain ‘Pegawai UMS yang silap, Kerajaan negeri di salahkan’
Bekalan Air Sebenarnya Mencukupi, Tapi Pam Tidak Diaktifkan
Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, semasa membuat lawatan ke UMS telah tampil menjelaskan bahawa bekalan air ke UMS adalah mencukupi dan berterusan sejak pertengahan Mei.
Dalam kenyataannya:
“Berdasarkan rekod sejak 19 Mei hingga semalam (3 Jun), jumlah air yang dibekalkan ke tangki adalah mencukupi, malah lebih daripada mencukupi. Cuma antara 14 hingga 19 Mei, salah satu pam milik UMS rosak dan hanya satu pam yang beroperasi, menyebabkan jumlah air yang dipam ke dalam kampus berkurangan.”
Penjelasan ini sekaligus menafikan dakwaan kononnya Kerajaan Negeri gagal membekalkan air kepada universiti.
Kerosakan Meter, Kegagalan Tindak Balas Punca Krisis
Sumber dalaman UMS mendedahkan bahawa masalah bermula apabila meter analog di tangki utama rosak, menyebabkan bacaan tekanan air menunjukkan angka rendah (sekitar 0.5–1.0 bar). Akibatnya, pegawai Jabatan Pembangunan UMS enggan mengaktifkan pam kerana mereka hanya akan berbuat demikian sekiranya bacaan melebihi 1.5 bar.
UMS enggan mengaku meter pamnya rosak walaupun RM3 juta telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini. Sikap sambil lewa pegawai Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik, JPP UMS punca mereka gagal mengesan kerosakan meter tangki air.
Menurut sumber lagi akibat kegagalan ini pihak Jabatan Air Negeri Sabah bakal menggantikan meter digital baharu untuk menggantikan meter yang rosak.
Susulan isu ini Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersetuju untuk memberikan laporan paras air di tangki R13 setiap jam kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), bagi membolehkan pihak universiti menyusun jadual operasi pengepaman air ke dalam kampus dengan lebih berkesan.
UMS tidak boleh menyanggah kerana Jabatan Air Negeri mempunyai Data Water inflow. Semua rekod atau bacaan yang menunjukkan jumlah air masuk ke dalam sistem pada waktu tertentu.
Pegawai UMS kalau banyak bunyi Sabahkini2 boleh keluarkan data-data itu untuk tunjuk siapa sebenarna bersalah.
Penafian Pengerusi Lembaga Pengarah UMS
Sebelum itu dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menafikan bahawa sistem pam UMS bermasalah. Beliau menyatakan bahawa:
“UMS mempunyai tiga pam yang masih berfungsi dengan baik walaupun telah berusia. Masalah utama bukan pam, tetapi aras air dalam tangki R13 yang tidak mencukupi untuk dipam ke kampus.”
Beliau turut menegaskan bahawa tangki R13 turut membekalkan air kepada kawasan lain seperti Sepanggar, KKIP dan Hospital Likas — bukan semata-mata untuk kegunaan UMS.
Pengarah JPP dan Ketua Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik nampaknya memberi penerangan yang salah kepada Pengerusi UMS bagi mengelak mereka dipersalahkan. Paling tidak Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turun padang melihat sendiri isu itu.
Mendengar laporan salah pegawai UMS hanya akan memburukkan keadaan. Pengerusi terperangkap dengan permainan politik pegawai.
Pengarah JPP dan Ketua Bahagian Kejuruteraan Mekanikal & Elektrik perlu bertanggungjawab
Insiden ini dengan jelas memperlihatkan kelemahan serius dalam pemantauan, penyelenggaraan dan tindak balas dalaman UMS terhadap isu infrastruktur kritikal. Dua pegawai kanan universiti yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ialah:
- Ir. Ts. Ari Nazrul Azmi
Pengarah Jabatan Pembangunan UMS
→ Gagal memantau status teknikal sistem bekalan air termasuk kerosakan meter dan pam, serta tidak mengambil tindakan segera walaupun krisis telah pun bermula. Beliau tahu UMS sentiasa ada isu bekalan air namun tidak belajar dari kesilapan lalu. Pengarah sambil lewa. Kerja anak buah tak sempat pantau - Ts. Nurulain Datuk Abdullah
Ketua Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik UMS
→ Anak bekas Pendaftar UMS ini Bertanggungjawab langsung terhadap pengoperasian pam dan sistem bekalan air dalaman. Kelemahan dalam pengurusan sistem tekanan air dan ketidakpekaan terhadap meter rosak adalah faktor utama penyumbang kepada krisis ini. Dilantik melalui kabel bapa maka itu yang perangai goyang kaki bukan kerana merit.
Dulu kerja bapa yang bagi jadi tiada merit sebenar..
Ts. Nurul Ain binti Datuk Abdullah, Ketua Bahagian, Kejuruteraan Mekanikal
dan Elektrik dan Ir. Ts. Dr. Asrul Effendy bin Ismail dua pegawai
utama dalam selenggaraan air dan elektrik UMS
Reaksi Surat kepada Premier Sarawak: Cubaan Malukan Sabah?
Salah satu kesan paling tidak wajar daripada isu ini ialah apabila seorang pelajar UMS dari Sarawak menghantar surat rasmi kepada Premier Sarawak mengadu tentang masalah air — yang kemudiannya menjadi tular. Langkah ini secara tidak langsung memberi tekanan politik dan imej buruk kepada Kerajaan Sabah, walhal punca sebenar berpunca daripada kelalaian dalaman universiti sendiri.
Pegawai komunikasi UMS gagal mengawal naratif isu air di UMS. Pegawai JPP pula duduk goyang kaki tunggu hingga masalah membesar. Mereka seperti sebelum ini berdiam diri dan membiarkan Kerajaan Sabah menjawabnya.
Penambah perisa isu
NC UMS Wajar Bertindak Tukar pegawai
Krisis ini bukan sahaja menjejaskan kebajikan pelajar, malah merosakkan reputasi Kerajaan Negeri Sabah secara tidak adil. Sudah tiba masanya Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor Naib Canselor UMS mengambil tindakan tegas dengan menstruktur semula Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran UMS.
Beliau perlu mendengar isu dari kedua -dua pihak dan tidak perlu terlalu percaya kepada pegawainya yang menghantar laporan yang baik-baik sahaja.
Ir. Ts. Ari Nazrul Azmi Pengarah Jabatan Pembangunan dan Ts. Nurulain Datuk Abdullah Ketua Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal wajar ditukar dan akauntabiliti perlu ditegakkan. Kegagalan menangani isu asas seperti bekalan air di universiti awam menunjukkan kepimpinan teknikal yang lemah, dan tidak boleh lagi dibiarkan berulang. Masalah ini tidak akan berulang jika dua pegawai ini tidak ditukar. Jangan biar mereka makan gaji buta!
Isu Demo mahasiswa UMS bukan baru dan ia bukan hanya kerana isu air UMS sahaja. Bertahun demo budak Mukmin Nantang berdemo. Ini termasuk gerakan mahasiswa didalangi pembangkang Warisan. Jika semua perkara tidak ditangani maka pelbagai pihak akan mengambil kesempatan.
Isu dakwaan bekalan 'air mencukupi' sebagaimana kenyataan Menteri Kerja Raya dan Jabatan Air Negeri ialah merujuk antara 14 hingga 19 Mei dan salah satu pam milik UMS rosak (tidak diganti) serta kegagalan pegawai UMS mengepam air ke tangki UMS. JANS dan JPP UMS perlu bekerjasama jika tidak masalah tidak akan pernah selesai.
Ini belum lagi ada TNC jadi dalang jual air tangki ketika UMS tidak ada air. Tiada air maka perniagaan berjalan!
Pelantikan syarikat kroni Shafie Apdal dan Yusof Apdal - Selenggara Air UMS
Leadshine Sdn Bhd dan Ketua Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan elektrikal
Namun satu perkara perlu diberi perhatian, menurut sumber UMS lagi ialah kontrak syarikat selenggara air di UMS telah diberikan kepada Leadshine Sdn Bhd. Siapa tidak kenal Leadshine Sdn Bhd yang pernah dipengerusikan oleh Datuk Yusof Apdal bekas Timbalan Menteri KPT. Leadshine tidak boleh dipisahkan dengan Yusof Apda!. Sebagai orang Shafe Apdal , apa yang Leadshine Sdn Bhd tak sapu di zaman Shafie Apdal ketika sebagai Menteri KKLW?
Sabahkini2 pernah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara dalam siri ke-2 pada tahun 2017 mengenai projek bernilai RM2.196 bilion gagal dilaksana oleh syarikat kroni Shafie Apdal. Selain dana RM1.5 bilion lesap RM2.196b juga disapu keluarga Shafie Apdal.
ARTIKEL BERKAITAN - Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!
Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Leadshine Sdn Bhd didominasi oleh keluarga Tay Yee Chiong. Prestasi kewangan mencatatkan keuntungan, dengan pendapatan tahunan melebihi RM82 juta (FY2023).
Tay Yee Chiong selain pendokong kuat Shafie Apdal dan Warisan, Bbeliau juga antara pembiaya dana pilihanraya buat Shafie dan Yusof Apdal hingga ini.
Ada satu persoalan lain. Apakah Leadshine Sdn Bhd syarikat penyelenggara air UMS merupakan antara dalang bersama Pegawai JPP UMS yang mensabotaj UMS supaya menjejaskan Kerajaan Sabah?