Tidak Mungkin Penipu Kepada Jimmy Choo Dipilih Sebagai Calon Di Tenom!
17:04 Apr 12, 2018  |  By SabahKini2
Tidak Mungkin Penipu Kepada Jimmy Choo Dipilih Sebagai Calon Di Tenom!

Datuk Rahmahjan pernah terlibat dengan kes penipuan satu penganjuran fesyen antarabangsa melibatkan pereka kasut terkenal Jimmy Choo. Duit dah angkat tetapi program tiada.

TENOM- Pemimpin dan ahli UMNO sentiasa diingatkan 3 perkara iaitu jangan sombong ketika berkuasa, jangan berlagak ketika berjawatan dan jangan kedekut serta lokek memberi buah fikiran.

Namun ia tidak berlaku kepada pemimpin wanita Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan seorang jutawan yang kaya-raya hasil projek kerajaan.

Baru-baru ini Sabahkini2 mendapat maklumat Datuk Rahmahjan ini berlagak dan menguar-uarkan kepada bahagian di Tenom kononnya beliau boleh mengawal Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam genggamannya. Cakap-cakap berlagak ini disebar di bahagian menunjukkan beliau seolah-olah sangat berkuasa.

Hakikatnya ia amat tidak benar sama sekali. Rahmahjan hanyalah seorang pemimpin yang dilayan sebagaimana pemimpin lain, tidak lebih dari itu. Juga tidak benar beliau bakal dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau DUN.

Umum mengetahui Rahmahjan juga sebelum ini melobi untuk mengisi kerusi Dun dan Parlimen di Tenom atas kuota wanita. Bagaimanapun prestasi cemerlang Datuk Raime Unggi sebagai ahli parlimen serta Datuk Rubin Balang di Kemabong menghalang hasratnya.

Kepimpinan Raime Unggi dan Rubin Balang ternyata cemerlang di Tenom

Pemilik syarikat W Publication & RJ Couture-JKhan dikatakan menggunakan kedudukan serta kekayaannya untuk membangkitkan sentimen beliau lebih berpengaruh dengan pucuk pimpinan atasan.

Umum mengetahui Datuk Rahmahjan pernah terlibat dengan kes penipuan satu penganjuran fesyen antarabangsa melibatkan pereka kasut terkenal Jimmy Choo. Duit dah angkat tetapi program tiada. Kes penipuan ini menjadi kes polis bagaimanapun Rahmahjan menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan kes berkenaan termasuk berkahwin dengan OCPD di sebuah daerah. Beliau menghabiskan masa berkahwin dan bercerai untuk menyelamatkan diri demi kepentingan peribadinya.

Kemewahannya pernah disiarkan dalam rancangan TV Astana milik Astro yang mendedahkan kemewahan rumah serta koleksi pakaian, kasut, handbag serta lain-lain lagi.

 

 

 

 

 

 

4 Comments