Belum Jadi PM Kedai Mahathir "The Loaf" Rugi RM31.8 Juta Sejak 13 Tahun lalu
21:04 Apr 13, 2018  |  By SabahKini2
Belum Jadi PM Kedai Mahathir

Tun Mahathir merupakan pemegang saham yang utama dengan majoriti syer sebanyak 51%. Mengapa agaknya Mahathir menutup The Loaf sekarang?

Rangkaian Kedai Roti "The Loaf" Tun Mahathir tak pernah menguntungkan sejak hari pertama ianya ditubuhkan 13 tahun yang lalu dan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak RM31,866,547 sehingga akhir tahun kewangan 2016.

Laporan bagi tahun 2017 yang telah diaudit belum tersedia, namun melihat kepada corak ini, kemungkinan besar mereka masih terus rugi - kerana permasalahan utamanya adalah kos sewa dan gaji staf yang tinggi.

Tun Mahathir merupakan pemegang saham yang utama dengan majoriti syer sebanyak 51%.

Nampaknya Tun Mahathir mempunyai sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan yang berjumlah sekurang-kurangnya RM17 juta untuk bahagian kerugiannya sepanjang tahun ini daripada perniagaan itu.

Dalam banyak-banyak tarikh dan masa yang beliau ada, beliau memilih masa sekarang ini untuk menutup perniagaannya. Ini kerana, penutupan tersebut akan membantu beliau memberikan persepsi buruk terhadap ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi kedai bakeri yang lain yang berjaya di Malaysia, meskipun "The Loaf" milik Tun Mahathir tidak terlalu berjaya atau tidak diuruskan dengan lebih baik.

Eric See-To.

3 Comments