Salah Siapa? Model Wendy Lean Dapat Royalty, Aidaazira Dihina PKR Bini No 2!
07:04 Apr 14, 2018  |  By SabahKini2
Salah Siapa? Model Wendy Lean Dapat Royalty, Aidaazira Dihina PKR Bini No 2!

Semalam surat khabar dan juga portl Malaysiakini menyiarkan dua gambar kempen melibatkan wanita muda. Wendy Lean gambarnya dibeli dari Stockunlimited manakala Aidaazira gambarnya di curi PKR dihina sebagai bini no 2. Yang pasti gambar Wendy Lean bukan pos

KUALA LUMPUR: Seorang gadis membuat laporan polis dan mempertimbangkan tindakan undang-undang, selepas mendapati gambarnya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara mengubah suai sebagai kempen politik sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemilik akaun twitter, Aidaazira, 19, berkata dia sama sekali tidak menyangka parti politik tertentu mengambil kesempatan ke atas remaja sepertinya dan menggunakan gambar peribadinya sebagai poster tanpa kebenaran.

Dia mengaku malu serta tertekan apabila ramai rakan termasuk pensyarah, bertanyakan mengenai gambar berkenaan apabila ia viral sejak semalam dan lebih menyedihkan, hari ini turut menjadi gambar muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

"Jika nak berkempen pun, jangan babitkan orang yang langsung tiada kena mengena dengan politik.

"Sudahlah mencuri gambar orang, kemudian buat poster... nak kempen, kempen sajelah, tak payah letak gambar kononnya suruh orang jangan cari bini mudalah, apalah," katanya menerusi catatan pada laman Twitternya, @aidaazirx_.

Aidaazira yang mempunyai 2,812 pengikut Twitter itu, berkata susulan kejadian terbabit, dia sudah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan gambar berkenaan bagi membersihkan namanya.

"Saya mahu pihak yang mencuri gambar peribadi itu tampil meminta maaf kerana apa yang mereka lakukan sudah melampaui batas.

"Sumpah saya tidak halalkan. Kejadian ini membuatkan saya menjadi lebih benci kepada politik," katanya.

Sementara itu, seorang model wanita turut kesal gambarnya yang diambil lima tahun lalu disunting dan disalahgunakan oleh pihak bertanggungjawab bagi tujuan kempen parti politik.

Wendy Lean menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya, menafikan dia serta seorang lagi model berkempen untuk parti politik dan hanya mengetahui mengenai penyebaran gambar itu selepas dimaklumkan rakan-rakan.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak menggalakkan orang ramai atau berkempen untuk parti politik. Gambar itu sudah disunting secara 'photoshop'.

"Gambar itu diambil kira-kira lima tahun lalu untuk sebuah syarikat pengimejan dan ketika itu kami (bersama seorang lagi model wanita ) memegang papan tanda 'Like'.

"Saya terkilan dan sama sekali tidak menyangka gambar itu diedit dan disalah guna untuk tujuan kempen politik sempena PRU-14 ini," katanya.

Wendy berkata, ekoran penyebaran gambar itu, dia menghubungi syarikat pengimejan berkenaan dan mendapat pengesahan bahawa gambar yang dimiliki syarikat terbabit sama sekali tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.

"Saya harap masyarakat tidak terpedaya dan berhentilah menyebarkan gambar berkenaan," katanya.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook bernama Fairu Zamir menunjukkan gambar model Wendy Lean bukan lagi pemilik hak cipta gambarnya kerana beliau sudah dibayar royalti oleh Stockunlimited.

Semakan menunjukkan tiada terma larangan penggunaan gambar bagi tujuan politik sebagaimana perjanjian syarikat pengimejan Stockunlimited jadi tidak timbul hal salah guna gambar bagi pihak BN jika BN menggunakannya secara rasmi. Paling penting sumber mengesahkan poster infografik yang diletakkan logo BN itu bukan secara RASMI dikeluarkan oleh pejabat BN. Sesiapa juga boleh melakukannya. Jadi tidak timbul BN menyalahgunakan gambar individu. Wendy sepatutnya melaporkan polis jika dia tidakk berpuas hati sebagaimana dilakukan oleh AidaAzira

"Kalau model tidak berpuas hati dia boleh membuat aduan kepada Stockunlimited sebab mengikut terma, bukan hak milik dia. 'Rights Image kini milik stockunlimited'. Kata Fairu

 

 

Artikel portal Malaysiakini berniat jahat untuk mengelirukan rakyat bagi mengimbangi salah laku PKR menggunakan imej Aidaazira itu. 

Comment