Rafidah Makin Merepek, Sumbangan Politik Memang Tidak Dikenakan Cukai
11:04 Apr 16, 2018  |  By SabahKini2
Rafidah Makin Merepek, Sumbangan Politik Memang Tidak Dikenakan Cukai

Persoalan ini pernah dijawab pada tahun 2016 oleh Tan Sri Mohd Shukor Mahfar, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN itu yang mengesahkan sendiri penerima sumbangan politik tidak perlu membayar cukai ke atas wang yang diterima.

Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri pendokong kuat Mahathir meroyan lagi dalam facebooknya menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai wang derma yang diterima oleh PM Najib yang sebelum ini sudah berulang kali dijawab dan diperjelas oleh banyak pihak.


Sama ada beliau benar-benar tidak tahu dan tidak mampu memahami ataupun barangkali ianya disebabkan oleh saraf-saraf otak beliau yang kini semakin hilang keupayaan untuk berfungsi dengan sempurna.

Pasukan Komunikasi Strategik BN sendiri telah menjawab persoalan Rafidah, bahawa beliau melakukan kesilapan besar dalam pengiraan isu derma RM2.6 bilion itu.

Malah pertanyaan Rafidah mengenai wang derma dikenakan cukai itu adalah merendahkan tahap beliau sebagai bekas menteri kanan di MITI. Bagaimana beliau tidak tahu sumbangan politik tidak dikenakan cukai?

Persoalan ini pernah dijawab pada tahun 2016 oleh Tan Sri Mohd Shukor Mahfar, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif LHDN itu yang mengesahkan sendiri penerima sumbangan politik tidak perlu membayar cukai ke atas wang yang diterima.

“Pendapatan itu tidak tertakluk kepada cukai, maka ia tidak boleh dikenakan cukai. Sumbangan politik tidak tertakluk kepada cukai," katanya.

Persoalan Rafidah itu jelas tidak relevan dan tindakan membuat surat terbuka menyalahkan kerajaan dan LHDN itu hanya menunjukkan betapa bodohnya bekas menteri itu.

Semakan diportal rasmi LHDN bahawasanya, mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Justeru, sama ada wang itu adalah sumbangan dana politik ataupun dianggap pendapatan diperoleh dari luar, hakikatnya ia tetap dikecualikan daripada cukai.

Jadi sudah-sudahlah Rafidah...

Sabahkini2

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/16/sumbangan-politik-tak-kena-cukai/

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=2

Comment