PRU14 : Apa Yang Diperjuangkan Oleh Calon Warisan Bidan Terjun?
01:04 Apr 18, 2018  |  By SabahKini2
PRU14 : Apa Yang Diperjuangkan Oleh Calon Warisan Bidan Terjun?

Dulu dapat jawatan macam-macam.Malah jadi jutawan macam Datuk Karim Bujang. Begitu juga bekas Hakim. Yang untung bukan setia dalam Warisan tetapi yang dipungut oleh Shafie Apdal

Oleh- Haji Abdul Jalil Haji Ghani

Sebelum calon calon Warisan yang mengidam mahu jadi YANG BERHORMAT, saya cuma mahu bertanya kepada mereka yang berkenaan tentang pendirian mereka berkaitan dengan tujuan mereka menawar diri sebagai calon Warisan.

Soalan-soalan saya adalah ditujukan kepada dua individu yang saya kenali tetapi tiada berkesempatan untuk bersemuka.

Soalan saya ditujukan kepada yang berbahagia Datuk Karim Bujang dan Datuk Aidi Hj Mokthar.


Malaysiakini pernah mendedahkan kekayaan Karim Bujang..

DATUK KARIM BUJANG:

1. Pada PRU13, Datuk ada mengatakan bàhawa Datuk bersara dan ingin memberi laluan kepada pemimpin muda.

Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Datuk, kerajaan negeri berterusan memberi jawatan Pengerusi Pelabuhan kepada Datuk.

Setelah Warisan ditubuhkan, kenapakah Datuk memilih parti Warisan untuk aktif kembali dalam politik?

Kalau dulu, Datuk mati-matian berkempen untuk kemenangan parti UMNO.

Boleh kah Datuk jelaskan kenapa apabila orang orang kampung percaya kepada Datuk dan pertahankan UMNO, kini Datuk berpusing 360 darjah dan memilih Ketua Warisan yang mengkhianati UMNO?

Apa kah tujuan Datuk?

Hanya untuk jadi YB kembali?

Bolehkah Datuk senaraikan kemajuan dan pembangunan yang Datuk sudah hadiahkan kepada penggundi Kimanis dan Bongawan?

Fakta menggambarkan kemajuan dan pembangunan hanya membangun pesat apabila YB Datuk Seri Anifah menjadi Wakil Rakyat dan dibantu oleh YB Datuk Mohammad Alimin dan YB Datuk Ariffin.

Ini kah balasan Datuk kepada penyokong Datuk yang masih setia didalam UMNO?

DATUK AIDI HAJI MOKHTAR:

1. Datuk pernah menjadi Ketua Hakim di mahkamah Syariah di Sabah dan di pindahkan ke Semenanjung Malaysia dengan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

Sebilangan tanggungjawab Datuk ialah menegak keadilan di mahkamah syariah.

1. Apakah pentadbiran agama yang Datuk perjuangkan selama ini, akan berbeza apabila Datuk berkhidmat untuk parti Warisan?

Dimanakah silap dan salah pihak kerajaan Barisan Nasional (terutama UMNO) didalam pentadbiran keagamaan sehingga Datuk sanggup bertukar arah dan memilih Warisan?

2. Tidak beberapa lama dahulu, Datuk ada mengadakan majlis perkawinan anak Datuk.

Kami yang tidak berpangkat Datuk atau orang kenamaan dijemput pada hari Sabtu dan Datuk Datuk, Tan Sri, Tan Sri dan orang orang kenamaan dijemput pada hari Ahad.

Kenapakah kami orang kampong sendiri dipisahkan dan dipinggirkan dalam majlis perkahwinan itu?

Sekiranya Datuk ditakdirkan menjadi Wakil Rakyat, adakah kami akan dipisahkan lebih jauh?

Kalau tidak mengira kepada parti, kami ingin mengenali calon dan akan dapat memilih calon mana yang layak memperjuangkan nasib kami orang kampong?

Pertanyaan saya adalah ikhlas dan berharap akan dapat jawapan sebelum kami membuat keputusan.

Besarlah harapan saya kalau dapat jawapan dari kedua Datuk yang berkenaan. 

Saya juga sedar kemungkinan penyokong Warisan akan bertubi-tubi menghentam saya dan membela Datuk Warisan, walau saya hanya rakyat biasa, tiada pangkat dan tiada keupayaan menjadi orang kenamaan. Saya pasrah.

Wasalam.

Fikir fikirkan lah...

10 Comments