KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG BN MENGENAI BENDERA PARTI
16:04 Apr 19, 2018  |  By SabahKini2
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG BN MENGENAI BENDERA PARTI

Selepas Logo UMNO kini satu percubaan Hanif Khatri Peguam PPBM untuk logo BN. Peguam PPBM parti sendiri pun gagal daftar..

KENYATAAN MEDIA

Isu pertikaian berkenaan warna dan lambang Barisan Nasional telah menular sejak beberapa hari di media sosial. Hal ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi yang pada hemat saya tidak sepatutnya berlaku kerana :-

1.Mengikut perlembagaan Barisan Nasional yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 20 November 2010, fasal 16 Perlembagaan Barisan Nasional menyatakan seperti berikut:

“ FASAL 16. LAMBANG – Lambang, Lencana dan Bendera Barisan Nasional adalah dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi. Walaubagaimanapun, Parti Anggota bolehlah menggunakan lambang, lencana dan bendera masing-masing jika difikirkan perlu.

Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan secara disjuntif bahawa bendera, simbol, lambang, lencana atau apa-apa insignia yang telah diluluskan boleh digunapakai untuk tujuan pilihan raya. Barisan Nasional telahpun mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah pindaan perlembagaan dibuat pada tahun 2010.

Justeru itu, tidak timbul isu Barisan Nasional tidak boleh menggunakan lambang dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi.

Para penyokong  Barisan Nasional adalah disarankan untuk kekal komited, fokus dan bekerja keras bagi memasitikan kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya ini.

 

Sekian Terima Kasih

Tengku Adnan Tengku Mansor

18 APRIL 2018

Comment