Hanya BN yang perjuangkan hak-hak Sabah, Sarawak
14:04 Apr 23, 2018  |  By SabahKini2
Hanya BN yang perjuangkan hak-hak Sabah, Sarawak

Datuk Seri Anifah Aman yang menjawat jawatan Menteri Luar sering kali memperjuangkan isu-isu MA63 sebelum ini sehinggakan suaranya didengar Perdana Menteri selain dijadikan sebahagian Manifesto BN baru-baru ini.

Kimanis: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dokrin yang cukup dekat dihati rakyat Sabah, jika ada kuasa-kausa yang hilang telah diambil oleh pemimpin sebelum era Najib, maka ia akan dikembalikan semula kepada Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata Persekutuan akan memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak yang dikatakan terambil oleh pemimpin sebelum era Najib akan dikembalikan semula sebagaimana yang termaktub di dalam MA63.

“Kita harus kembalikan hak Sabah, kerana baik Sabah mahupun Sarawak harus merasai negeri separuh daripada Malaysia.

Tambah beliau, rakyat Sabah perlu berterima kasih dengan Ketua Bahagian UMNO Kimanis iaitu Datuk Seri Anifah Aman yang menjawat jawatan Menteri Luar sering kali memperjuangkan isu-isu MA63 sebelum ini sehinggakan suaranya didengar Perdana Menteri selain dijadikan sebahagian Manifesto BN baru-baru ini.

"Malah Datuk Seri Anifah telah dilantik oleh Perdana Menteri untuk mewaikili Kerajaan Persekutuan bagi mengkaji dan memperincikan perkara-perkara yang terambil atau terlepas pandang, inilah tokoh Sabah yang memperjuangkan MA63.

"Ertinya apabila jawatankuasa kabinet ini diwujudkan dan arahan daripada Perdana Menteri ertinya, kepedulian dan keprihatinan dibuat oleh Datuk Seri Najib kerana kita harus memperlakukan mana-mana isu yang telah termaktub dalam perjanjian itu harus dilaksanakan sepenuhnya sebagai usaha untuk menghargai Sabah dan Sarawak," semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Bongawan, Kimanis pagi tadi.

“Oleh itu, rakyat perlu menolak desakan kumpulan-kumpulan tertentu yang kononnya menggunakan isu tersebut untuk kepenting tertentu sedangkan di peringkat kerajaan Barisan Nasional (Persekutuan dan Negeri) sentiasa berusaha mengatasi isu tersebut kerana isu ini cukup dekat di hati rakyat (Sabah dan Sarawak).” Katanya.

Beliau turut menambah, pucuk pimpinan meminta supaya majoriti undi di Parlimen Kimanis meningkat lebih tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN sejak dulu.

"Saya doakan agar Datuk Seri Anifah serta kedua-dua pemimpin (BN Dun Bongawan dan Membakut) dicalonkan semula agar pada 9 Mei nanti (malam) diumumkan bahawa majoriti beliau melebihi 10,000.

"InsyaAllah.. begitu juga majoriti calon BN Bongawan dan Membakut lebih besar berbanding PRU13 lalu," katanya.

5 Comments