Pakatan Harapan di Sabah belum berkuasa sudah tamak, di Selangor Azmin kukuhkan dengan Team Kartel namun Wan Azizah menolaknya..
SHAFIE APDAL KURANG AJAR- HAMZAH ABDULLAH PAN SABAH
Walaupun Presiden Parti WARISAN Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal meminta AMANAH jangan bertanding di Sabah pada pilihan raya umum akan datang, pengerusi AMANAH negeri itu, Hamzah Abdullah tetap dengan keputusannya bahawa partinya akan bertanding di sekurang-kurangnya dua kerusi.
"Hari ini kita akan bertemu presiden parti kita dan kita akan membuat satu keputusan yang kita akan bertanding juga. Kita akan bertanding di kerusi yang telah diputuskan oleh Pakatan Harapan.
"Apa pun keadaannya, kita akan bertanding melawan sesiapa yang akan bertanding di Batu Sapi dan Kalabakan. Kita bukan lawan HARAPAN, kita akan lawan WARISAN kerana kita tidak ada pakatan dengan WARISAN," kata Hamzah
Ditanya sama ada beliau bimbang akan dituduh memecah undi, Hamzah berkata yang menyebabkan perpecahan adalah Shafie sendiri yang didakwanya bersikap "tamak".
"Shafie adalah penyebab utama perpecahan dalam HARAPAN dan (Pengerusi HARAPAN Sabah) Christina (Liew) telah gagal untuk jalankan kebajikan dan kepentingan HARAPAN Sabah," kata Hamzah, yang menuduh Liew mengadakan pertemuan rahsia dengan Shafie berhubung rundingan kerusi.
Hamzah seterusnya membidas Shafie yang didakwanya sebagai seorang pemimpin yang "angkuh, biadap dan KURANG AJAR" selepas Shafie berkata beliau telah berunding dengan pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu supaya BERSATU dan AMANAH tidak bertanding (di negeri itu).
"Belum lagi memerintah pun dia sudah buat satu keputusan yangt tidak pentingkan rakan dia.
"Anda bercakap tentang Perjanjian Malaysia, mengenai perkongsian sama rata namun dengan rakan komponen sudah buat zalim."
Mengenai kenyataan Shafie bahawa pemimpin BERSATU dan AMANAH Sabah boleh diberi jawatan senator, Hamzah mempersoalkan betapa yakin Shafie dapat merampas negeri itu dari BN.
"Dengan cara dia mengetuai pakatan itu - Shafie sangat angkuh, berkelakuan seperti 'big brother' dalam HARAPAN, menetapkan terma kepada AMANAH, sama ada AMANAH patut bertanding atau tidak.
"Kami telah berada di sini sejak tahun 2013. Dia ketika itu dalam Umno, masih masih menjadi menteri (manakala) kita mempunyai pengalaman bersama dengan rakyat sebagai pemimpin pembangkang. Kami tahu hati nurani rakyat, apa yang mereka mahu."
Sementara itu di Selangor PKR terus bergolak berebut kerusi. Ada yang menangis kerana surat layang, ada yang menyerbu Istana Segambut dan ada yang protes ugut keluar parti kerana hendak jadi calon.
Inilah porak peranda yang sedang berlaku dalam pembangkang. Gan Pe Nei, ADUN PKR Rawang menangis nangis kerana menyatakan ada orang buat surat layang tuduhnya seleweng duit peruntukan. Tian Chua mula mula buat sidang akhbar untuk umum keluar parti kemudian tarik “hand brake” dan buat keputusan lain. Begitu juga dengan Zuraida Mak Lampir yang pergi ke Istana Segambut memprotes ramai nama calon dari kem Azmin telah digugurkan oleh Wan Azizah.
Antara yang digugurkan dan dikaitkan sebagai kem Azmin dalam PKR adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, ADUN Taman Medan, Hanizah Mohd Talha dan ADUN Rawang, Gan Pei Nie.
Semalam, wakil kumpulan yang pro-Azmin dalam PKR, iaitu Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dikatakan telah bertemu dengan Wan Azizah. Namun Wan Azizah khabarnya tetap berkeras tidak mahu geng “kartel” terlalu ramai menjadi calon. Tidak mahu Azmin terlalu kuat dan Anwar Ibrahim sendiri dipercayai merestui apa yang Wan Azizah dan Rafizi lakukan itu.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata pertemuannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam kerana tersebarnya “senarai calon” yang belum disahkan oleh parti.
“Saya hadir mesyuarat itu atas kebimbangan mengenai ‘senarai calon’ yang beredar yang tidak melalui proses aturan yang ditetapkan oleh parti.
“Ia mendatangkan kebimbangan dan ketidakpastian di kalangan anggota akar umbi parti,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Kuasa untuk tandatangan watikah ada di tangan Wan Azizah, jadi Azmin tidak boleh buat apa. Antara yang digugurkan Wan Azizah adalah pegawai khas kepada Azmin, Hilman Idham untuk kerusi DUN Gombak Setia dan bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang ditolak dari bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.