Notis Bankrap Berniat Jahat- Jeffrey Kitingan
18:04 Apr 24, 2018  |  By SabahKini2
Notis Bankrap Berniat Jahat- Jeffrey Kitingan

Notis itu, yang muncul dalam dua akhbar tempatan hari ini, dikeluarkan oleh seorang Lee Yau Cheong @ James bernilai sejumlah RM480,489.40.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Jeffrey Kitingan menuduh pihak tertentu mempunyai motif tersembunyi selepas mengeluarkan notis muflis terhadapnya 4 hari sebelum penamaan calon pada 28 April ini

Notis itu, yang muncul dalam dua akhbar tempatan hari ini, dikeluarkan oleh  Lee Yau Cheong @ James bernilai sejumlah RM480,489.40.

Jeffrey telah diberikan tujuh hari untuk membayar selepas notis itu disampaikan, sejajar dengan keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 9 Mac tahun ini. Notis itu adalah perintah Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Jeffrey berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengetepikan notis itu dengan alasan bahawa dia tidak pernah diberitahu mengenai notis itu sehingga beberapa hari yang lalu.

"Saya terkejut kerana perkara ini keluar di media. Orang ini berkata saya berhutang wang kepadanya. Oleh itu, saya memintanya memberi saya dokumen kerana dia tidak boleh mengatakan bahawa saya berhutang kepadanya tanpa menyediakan dokumen yang berkaitan, "katanya.

Adalah sesuatu yang mencurigakan notis ini diberi ketika hampir pilihanraya.

Jeffrey, yang juga ADUN Bingkor, berkata adalah perkara biasa bagi sesetengah orang atau pihak untuk membuat tuntutan keterlaluan untuk mengganggu persediaan orang lain menghadapi pilihan raya.

"Ini tidak akan menjejaskan STAR atau saya dalam apa jua cara. Notis itu hanyalah notis awal dan walaupun selepas pilihan raya selesai, tidak pasti jika kes itu akan diteruskan. Sebab itulah saya tahu orang-orang ini hanya cuba mengganggu saya dalam persediaan saya, "katanya.

 

11 Comments