Majlis Presiden Kukuhkan Perpaduan Dan Kerjasama BN Sabah
03:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
Majlis Presiden Kukuhkan Perpaduan Dan Kerjasama BN Sabah

Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sepakat bersama-sama membentuk sebuah majlis Presiden untuk memperkukuhkan persefahaman, perpaduan serta kerjasama yang telah lama terja

Kota Kinabalu – Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan mewujudkan Majlis Presiden Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) sebagai suntikan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan, kerjasama dan persefahaman daalam menghadapi pilihan rauya umum ke-14 (PRU-14).

Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sepakat bersama-sama membentuk sebuah majlis Presiden untuk memperkukuhkan persefahaman, perpaduan serta kerjasama yang telah lama terjalin demi masyarakat berbilang kaum khususnya di kalangan peribumi di negara ini (Malaysia).

Ketika bertemu Pengerusi Komponen Barisan Nasional, Tan Sri Musa Aman di Sri Gaya, ahad lepas, ketiga-tiga Presiden parti, Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan (PBS), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO) dan Tan Sri Joseph Kurup (PBRS), mereka memaklumkan bahawa idea wujudnya majlis ini adalah hasil daripada permintaan akar umbi yang mahu perpaduan yang lebih kukuh di kalangan komponen BN yang mewakili peribumi Sabah berbangsa KDMR.

Majlis ini berikrar akan terus beri sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dalam pertemuan ini, Musa berkata “ Saya mengalu-alukan pembentukan Majlis Presiden memandangkan ia memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan parti komponen BN Sabah”.
“Semua parti komponen termasuk parti KDMR tidak goyah dalam komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Sabah sebagai satu barisan bersatu. BN Sabah juga bersatu dalam resolusi kami untuk menyampaikan kerusi dan membawa kemenangan kepada BN.” katanya semasa pertemuan tersebut./


Peranan utama majlis Presiden ialah untuk memformalkan cara ketiga-tiga (parti) bekerjasama dengan sebaik mungkin terutama dalam tangani isu berkaitan dengan KDMR.

Comment