GST Untungkan Sabah, Sarawak Terima Dua Kali Ganda Manfaat Berbanding Semenanjung
23:04 Apr 24, 2018  |  By SabahKini2
GST Untungkan Sabah, Sarawak Terima Dua Kali Ganda Manfaat Berbanding Semenanjung

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Sabah dan Sarawak juga telah mendapat peruntukan Belanjawan Persekutuan yang jauh lebih besar berbanding sebelum ini, untuk pelbagai projek pembangunan seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo misalnya.

Pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) memberi lebih manfaat kepada Sabah dan Sarawak apabila kedua-dua negeri itu menikmati dua kali ganda pulangan balik melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbanding Semenanjung Malaysia.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To berkata Sabah dan Sarawak menyumbang 4.8% dan 6.6% daripada kutipan keseluruhan GST di Malaysia, namun menerima 9.1% dan 10.4% daripada jumlah keseluruhan pembayaran BR1M.

Manfaat itu adalah berdasarkan kutipan GST sejak dua tahun lalu berdasarkan angka dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang mana daripada jumlah kutipan GST pada 2016 sebanyak RM41.21 bilion, menyaksikan Sabah menyumbang RM1.97 bilion, Sarawak (RM2.7 bilion) dan Semenanjung (RM36.54 bilion).

Manakala pada 2017 (RM44.29 bilion), Sabah menyumbang sebanyak RM2.17 bilion, Sarawak (RM3.08 bilion) dan Semenanjung (RM39.04 bilion).

Ikuti artikel penuh Datuk Eric See-To dalam Facebook rasminya.

Berikut adalah jumlah terkumpul kutipan GST serta pembayaran BR1M sepanjang 2 tahun lepas berdasarkan statistik rasmi kerajaan:

KUTIPAN GST

Tahun 2016

RM 36.54 bilion (Semenanjung Malaysia)
RM 1.97 bilion (Sabah)
RM 2.70 bilion (Sarawak)
RM 41.21 bilion = JUMLAH KESELURUHAN

Tahun 2017

RM 39.04 bilion (Semenanjung Malaysia)
RM 2.17 bilion (Sabah)
RM 3.08 bilion (Sarawak)
RM 44.29 bilion = JUMLAH KESELURUHAN
...


BAYARAN BR1M

Tahun 2016

RM 4.310 bilion (Semenanjung Malaysia)
RM 0.482 bilion (Sabah)
RM 0.550 bilion (Sarawak)
RM 5.34 bilion = JUMLAH KESELURUHAN

Tahun 2017

RM 5.070 bilion (Semenanjung Malaysia)
RM 0.580 bilion (Sabah)
RM 0.661 bilion (Sarawak)
RM 6.31 bilion = JUMLAH KESELURUHAN
...

Ini bermakna Sabah dan Sarawak menyumbang 4.8% dan 6.6% daripada kutipan keseluruhan GST di Malaysia, namun menerima 9.1% dan 10.4% daripada jumlah keseluruhan pembayaran BR1M.

Malah, bagi setiap RM1 GST yang dikutip dari Sabah, mereka menerima kembali 21 sen melalui BR1M, manakala Sarawak pula 26 sen - lebih dua kali ganda berbanding Semenanjung Malaysia.

Ini menunjukkan berlakunya pemindahan (perkongsian) kekayaan yang ketara dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Tidak seperti suatu masa dahulu ketika di zaman Tun Dr Mahathir, yang pada masa itu kekayaan Sabah dan Sarawak pula yang dipindahkan ke Semenanjung sementara mereka menikmati sedikit pembangunan. Maka jelaslah di sini bahawasanya sistem GST telah membolehkan kekayaan kini dipindahkan ke Sabah dan Sarawak semula agar mereka dapat menikmati pembangunan sama seperti yang diterima di Semenanjung Malaysia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Sabah dan Sarawak juga telah mendapat peruntukan Belanjawan Persekutuan yang jauh lebih besar berbanding sebelum ini, untuk pelbagai projek pembangunan seperti Projek Lebuhraya Pan Borneo misalnya.

Barulah adil namanya.

Statistik di atas juga membuktikan bahawasanya orang kaya membayar lebih banyak GST, bukan orang miskin - dan sekaligus mengukuhkan dakwaan bahawa kedua-dua sistem iaitu GST dan BR1M benar-benar merupakan satu sistem yang adil dalam mengimbangi pembangunan dan juga untuk membantu golongan yang paling memerlukan.

Eric See-To.

Comment