Siapapun Kerajaan memerintah Negeri Sabah, isu bekalan elektrik telah lama menjadi cabaran utama yang melibatkan pelbagai faktor termasuk pertumbuhan permintaan tenaga, pembangunan kapasiti penjanaan, infrastruktur penghantaran dan pengagihan serta perancangan jangka panjang sektor tenaga negeri.
Sabah Electricity sebagai syarikat utiliti utama negeri, bersama Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) selaku badan pengawal selia sektor tenaga, sering menjadi perhatian dan menerima pelbagai pandangan serta kritikan berhubung usaha menangani gangguan bekalan elektrik dan memperkukuh daya tahan sistem tenaga Sabah.
Menariknya, kedua-dua organisasi ini pernah diterajui oleh Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid yang sebelum ini berkhidmat di Sabah Electricity sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECoS. Sepanjang tempoh kepimpinannya, beberapa dasar dan keputusan berkaitan pembangunan sektor tenaga menjadi perbincangan awam, mengutamakan kroninya, menipu Majlis Tenaga dan Kerajaan Sabah. Data ditangannya jadi dia mengeksploitasi semua untuk diluluskan dalam Majlis Tenaga Sabah diselia ECoS.

Kenaikan Tarif Elektrik
Jasa terbesar Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid ialah kelulusan cadangan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menyelaraskan tarif elektrik pada kadar baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada 1 Februari 2026. Tarif purata asas dinaikkan daripada 34.52 sen kepada 39.70 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj), iaitu peningkatan sekitar 15 peratus atau 5.18 sen/kWj. Alasan ECoS dan Sabah Electricity ialah menampung peningkatan kos operasi serta keperluan menaik taraf sistem bekalan elektrik.
Dalam tempoh pelaksanaannya rakyat menjadi kacau bilau dan Kerajaan dikecam apabila berlaku perubahan angka pada bil elektrik pengguna yang memberi implikasi kewangan besar kepada isi rumah dan sektor perniagaan. Sabah Electricity pula merasa bahagia kerana berdasarkan anggaran penggunaan tenaga sekitar 25 gigawatt-jam (GWh) sehari, peningkatan kadar tarif telah menjana tambahan hasil ratusan juta ringgit setahun kepada Sabah Electricity.
Prestasi Sabah Electricity
Berdasarkan rekod dokumen, Sabah Electricity Sdn. Bhd masih merupakan sebuah syarikat utiliti yang dikuasai oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemegang saham terbesar. TNB memiliki sebanyak 8,055,246 saham atau kira-kira 82.76 peratus pegangan dalam syarikat itu. Kerajaan Negeri Sabah pula memegang 1,678,365 saham bersamaan 17.24 peratus, manakala Minister of Finance Incorporated (MOF Inc.) memiliki satu saham. Struktur pemilikan ini memperlihatkan bahawa TNB kekal sebagai pemegang saham majoriti yang menerajui syarikat, sementara Kerajaan Negeri Sabah mengekalkan kepentingan strategik dalam sektor bekalan elektrik negeri.
Prestasi Kewangan Sabah Electricity
Dari sudut prestasi kewangan, Sabah Electricity mencatat keputusan yang positif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Syarikat itu merekodkan hasil sebanyak RM3.03 bilion dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM295.32 juta, manakala keuntungan selepas cukai mencecah RM272.78 juta. Kedudukan aset syarikat juga kukuh dengan jumlah aset melebihi RM10.34 bilion, terdiri daripada aset bukan semasa bernilai RM8.16 bilion dan aset semasa sebanyak RM2.18 bilion.

Pada masa yang sama, syarikat turut menanggung liabiliti yang besar, dengan liabiliti bukan semasa berjumlah RM6.71 bilion dan liabiliti semasa sebanyak RM1.65 bilion.
Caj dan Komitmen Kewangan
Rekod menunjukkan Sabah Electricity mempunyai beberapa caj berdaftar (registered charges) yang berkaitan dengan kemudahan pembiayaan dan komitmen kewangan syarikat. Selain pembiayaan daripada institusi kewangan seperti Bank Bumiputra Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad, sebahagian besar caj tersebut didaftarkan memihak kepada Kerajaan Malaysia.
Peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sabah Electricity sebelum ini merupakan sebuah hutang kepada Sabah Electricity.
Antara caj utama yang masih berstatus unsatisfied ialah masing-masing bernilai RM199.84 juta, RM333.14 juta, RM586.60 juta, RM166.50 juta, RM128 juta dan RM123.58 juta, selain beberapa caj lain yang bernilai lebih kecil. Rekod terkini turut menunjukkan satu caj berjumlah RM1.082 bilion didaftarkan pada 23 Disember 2024 semuanya daripada Kerajaan Pusat sebagai pembiayaan atau hutang bercagar yang digunakan untuk menyokong pembangunan dan operasi infrastruktur utility.
Peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sabah Electricity adalah dalam bentuk hutang
KONTROVERSI CEO SURUHANJAYA TENAGA SABAH (ECOS)
Sejak penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) sebagai pengawal selia sektor tenaga negeri, perhatian semakin tertumpu kepada hala tuju Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity), khususnya selepas Kerajaan Negeri Sabah menyatakan hasrat untuk mengambil alih syarikat utiliti itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam tempoh kira-kira tujuh tahun.
Langkah itu mencetuskan persoalan sama ada kerajaan negeri bakal mewarisi bukan sahaja aset dan operasi syarikat, tetapi juga liabiliti serta komitmen kontrak tenaga jangka panjang yang sedang dibentuk pada hari ini. Jika projek baru seperti LSS, BESS dan empangan baru seperti Telekosang (Jentayu Sustainables Bhd) dan Ulu Padas ( Gamuda Bhd-Conlay) mempunyai tarif lebih tinggi beban ini akan dipindahkan kepada rakyat dan Kerajaan Sabah kemudian hari. Ini belum masuk sewaan set genset dan menyambung IPP Diesel yang tua.
Pendedahan Sabahkini2 sebelum ini dalam empat artikel tahun lalu secara konsisten membangkitkan kebimbangan mengenai beberapa keputusan Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid Ketua Pegawai Eksekutif ECoS yang bakal memberi implikasi kewangan besar kepada Sabah Electricity dan Kerajaan Sabah. Antaranya termasuk kelulusan projek IPP Libaran, lanjutan konsesi IPP Serudong, cadangan sewaan genset interim diesel 100MW, Projek Battery Energy Storage System (BESS) 100MW dan pelaksanaan projek Loji Solar Skala Besar (LSS) di Sabah.
CEO ECoS membuat laporan polis kononnya beliau difitnah namun persoalannya mengapa SPRM Sabah tidak menyiasat dakwaan itu kerana semua fakta disertakan membuktikan Sabah terpaksa berbelanja berbilion ringgit dari kegagalan syarikat utiliti Malaya- TNB yang menguruskan Sabah Electricity.

1.) IPP LIBARAN USANG BESAN TAN SRI MUHYIDDIN
Pada 17 April 2025, Sabahkini2 mendedahkan kelulusan projek IPP Libaran didakwa dibuat tanpa maklumat sebenar kepada Kabinet Negeri sehingga terpaksa bersetuju dengan CEO ECoS atas alasan catuan dan kekurangan bekalan elektrik. Penyambungan kontrak IPP Libaran milik besan Tan Sri Muhyiddin menunjukkan kegagalan SESB sejak 20 tahun lalu yang tidak menyediakan pelan baharu sehingga Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kes lebih RM85 juta setahun termasuk subsidi untuk IPP besi buruk yang tua.
ARTIKEL BERKAITAN : 17 April 2025 - Kerajaan Sabah digesa tamatkan CEO ECoS luluskan IPP Libaran milik besan Muhyiddin tanpa restu kabinet!



2.) IPP SERUDONG MILIK KARTEL DIESEL
20 April selepas itu Sabahkini2 mendedahkan penyambungan lanjutan konsesi IPP Serudong selama dua tahun akan menyebabkan Sabah Electricity terus membayar kadar tarif yang lebih tinggi. Bayangkan Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM60 juta setahun. Jika dua tahun ini isu bekalan tidak selesai CEO ECoS akan mencadangkan lagi kepada kerajaan menyambung kontrak dan membayar kos lebih mahal. Apa kepentingan CEO ECoS dalam syarikat ini?
ARTIKEL BERKAITAN : 20 April 2025 - IPP Serudong: CEO ECoS tipu Kerajaan Sabah, sambung konsesi 2 tahun bayar RM61.32 juta kepada Syarikat Kartel!

Senang je CEO ECoS arah je Pengurus Sabah Electricity
tapi deal belakang tabir CEO ECoS

Dulu milik Kroni MCA dan Sabah Energy kini Syarikat Serudong dijual
kepada syarikat kartel minyak diesel!

Sambung 2 tahun dan pastinya atas alasan kritikal lagi akan sambung dua tahun lagi
maka buang lagi lebih RM60 juta setahun. Senangkan buat duit. Kroni CEO ECoS terus senyum.
Wal hal IPP ni dah lama beroperasi
kerana SESB tak larat nak bangunkan loji IPP lain
3.) PENYEWAAN GENSET INTERIM DIESEL
Pada 28 April 2025 Sabahkini2 turut membangkitkan isu cadangan penyewaan genset interim diesel berkapasiti 100MW yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM1.094 bilion bagi tempoh dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN :28 April 2025- Skandal Sewa Genset Interim Diesel 100MW: CEO ECoS gila minta Kerajaan Sabah tanggung kos RM1.094 Bilion untuk 2 tahun


Alasan situasi kritikal sejak 2023... tahun 2025 pun kritikal .. tahun 2026 pun kritikal
Pelan yang ada hanya sambung nyawa konsesi
Selain itu, pelaksanaan projek LSS Sabah yang diberikan kepada beberapa syarikat swasta turut dipersoalkan dari segi proses pelantikan dan implikasi kadar tarif pembelian tenaga pada masa hadapan.
Pendedahan Sabahkini2 pada 17 Jun 2025 mengenai 15 syarikat yang dilantik melaksana LSS Sabah tidak disenangi oleh para kontraktor sehingga ada kontraktor melakukan cubaan memberi rasuah agar memadam artikel berkenaan syarikat mereka.
4.) PROJEK SOLAR BERSKALA BESAR (LSS) SABAH
Selepas sambung konsesi IPP seperti Libaran (RM85 juta setahun), Serudong (RM 61.32 juta) dan sewa genset interim diesel RM1.094 Bilion untuk 2 tahun kini 15 syarikat LSS yang dilantik kebanyakan asal 'Malaya' dan ada syarikat tidak layak pun melaksana projek LSS. Betapa teruknya Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid CEO ECoS ini.
ARTIKEL BERKAITAN- Lagi skandal CEO ECoS: Datuk Ir Nasser tipu Kerajaan Sabah lantik syarikat kroni dari Malaya dan 'cap ayam' projek LSS Sabah


Pada 12 Disember 2024, Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) telah mengumumkan penganugerahan projek Solar Berskala Besar (LSS) kepada 15 syarikat melalui proses pembidaan LSS Sabah 2024. Projek-projek ini mempunyai jumlah kapasiti penjanaan sebanyak 199 megawatt (MW), dengan lapan projek (113MW) terletak di Pantai Barat dan tujuh projek (86MW) di Pantai Timur Sabah
CEO EcOS, Datuk Ir Nasser menggunakan Majlis Tenaga Sabah (MTS) untuk menyusun semua pelan kroninya meningkatkan jumlah kapasiti LSS di Sabah melebihi 350MW atau 23% daripada campuran kapasiti penjanaan negeri menjelang 2027
Alasan Nasser dan ECoS untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bahan api, terutamanya di Pantai Timur, serta meningkatkan kestabilan grid elektrik.
Benarkah LSS mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bahan api dan meningkatkan kestabilan grid elektrik? Bagaimana berkurang jika penyambungan konsesi IPP seperti Libaran (RM85 juta setahun), Serudong (RM 61.32 juta) dan sewa genset interim diesel Kerajaan Sabah menanggung kos RM1.094 Bilion untuk 2 tahun? Ini semua wang berbilion ringgit.
15 syarikat atau konsortium yang dilantik terdiri daripada entiti dari Semenanjung (Malaya), GLC Sabah dan syarikat-syarikat yang tiada rekod prestasi kukuh dalam tenaga boleh diperbaharui. Malah, dalam pengumuman awam dan pembentangan kepada pihak kerajaan negeri, identiti 15 konsortium ini tidak pernah dimaklumkan secara terperinci.
Lebih malang syarikat yang dianugerahkan projek mempunyai prestasi kewangan negatif dan tiada kepakaran tenaga. Merit asas juga sangat mendukacitakan. Tanya CEO ECoS daripada 15 projek LSS ini berapa yang dah siap?

Takkan lah SPRM tak berani siasat ECoS dan 15 syarikat yang dilantik cap ayam ini?
Bayangkan semua 15 projek mencatatkan harga tawaran melebihi RM0.20 sen/kWh, dengan kadar tertinggi mencecah RM0.2450/kWh. Semuanya jauh lebih tinggi berbanding kadar munasabah pasaran semasa. Siapa akan menanggung beban kos ini jika bukan Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah?
5.) KONTROVERSI PROJEK BATTERY ENERGY STORAGE SYSTEM (BESS)
Satu lagi projek yang bakal menekan Kerajaan Sabah ialah projek Battery Energy Storage System (BESS) dengan kapasiti 100MW di Lahad Datu. Projek TNB yang diberi kepada syarikat MSR GREEN ENERGY SDN BHD anak syarikat SEAL INCORPORATED BHD dengan nilai RM645 juta lebih mahal dari kontraktor lain. Kroni Malaya mana? Ya projek ini bagus untuk rakyat namun jangan lupa projek ini dijangka menyebabkan beban kewangan yang ketara kepada Kerajaan Negeri berdasarkan anggaran kos dan struktur harga yang terlibat. Kos untuk mengecas, menyimpan dan melepaskan 1 kWh tenaga dianggarkan pada kadar 66.1 sen/kWh berdasarkan kos kontrak sebanyak RM645 juta, manakala harga jualan purata SESB hanya 34.5 sen/kWh. Perbezaan ini menunjukkan kerugian sebanyak 35.9 sen bagi setiap kWh. Berdasarkan anggaran pelepasan tenaga tahunan sebanyak 136,000,000 kWh, Kerajaan Sabah dijangka menanggung kerugian sekitar RM48.82 juta setahun.
Secara kumulatif, kerugian ini boleh mencecah kira-kira RM980 juta sepanjang tempoh 20 tahun, manakala nilai kini bersih (NPV) dianggarkan sekitar RM456 juta selepas mengambil kira faktor diskaun pada masa hadapan.
Maka siapa yang akan tanda tangan bayar kos ini?


6.) PROJEK LOJI JANAKUASA GAS INTERIM 100MW DI KIMANIS RM1 BILION SYARIKAT MALAYA - DYNAC JV SDN BHD
Projek loji janakuasa gas interim 100MW di Kimanis yang sebelum ini diumumkan sebagai antara penyelesaian segera bagi memperkukuh bekalan elektrik di Sabah kini berdepan persoalan serius mengenai status pelaksanaannya. Projek yang dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion bagi tempoh operasi interim itu pada awalnya dijangka menjadi komponen penting dalam menstabilkan kapasiti penjanaan tenaga negeri sementara projek-projek jangka panjang disiapkan.
Projek yang dijanjikan siap oktober 2025 itu nampaknya gagal disiapkan. Kini semua peralatannya telah dialihkan keluar.

Projek itu dilaporkan dianugerahkan kepada Dynac JV Sdn Bhd pada September 2024. Pengerusi syarikatnya ialah Datuk Wira Ir. Md. Sidek Ahmad bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan bepengalaman sebagai bekas pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengarah syarikatnya Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff bekas Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) yang kontroversi kerana didakwa di mahkamah dengan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang melibatkan dana Yayasan Pengurusan Ilmu. Kes masih berlarutan hingga kini. Rakan niaganya ialah Sharizal Md Sidek yang juga Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi Dynac JV Sdn Bhd.

Datuk Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid CEO ECoS dan Pengurus Sabah Electricity tidak pernah menjelaskan kegagalan projek Dynac JV Sdn Bhd syarikat 'cap ayam' ini. Namun melihat kepada rekod kewangan syarikat amat mencurigakan untuk melaksana projek melebihi RM1 bilion.

Secara keseluruhan, kebimbangan utama yang dibangkitkan bukan sekadar mengenai kos sesuatu projek secara individu, tetapi kesan kumulatif beberapa komitmen tenaga jangka panjang terhadap kedudukan kewangan Sabah Electricity. Sebagai syarikat utiliti, setiap kontrak pembelian tenaga, sambungan konsesi IPP, sewaan aset penjanaan dan projek tenaga baharu lazimnya melibatkan obligasi pembayaran untuk tempoh yang panjang.
Pastinya apabila Kerajaan Negeri Sabah mengambil alih Sabah Electricity daripada TNB pada masa hadapan, kerajaan negeri akan turut mewarisi semua komitmen kontrak dan obligasi kewangan yang telah dipersetujui sebelum pengambilalihan tersebut. Dari sudut korporat, sekiranya pengambilalihan dibuat melalui pembelian saham, Sabah Electricity akan kekal sebagai entiti undang-undang yang sama dengan aset, liabiliti dan komitmen kontraknya terus berada dalam syarikat tersebut.
Dalam konteks itu, sebarang keputusan yang meningkatkan kos penjanaan atau pembelian tenaga pada hari ini berpotensi memberi kesan kepada kedudukan kewangan Sabah Electricity pada masa hadapan. Sekiranya kos operasi syarikat meningkat akibat komitmen jangka panjang yang mahal, beban tersebut akhirnya perlu ditanggung melalui gabungan hasil syarikat, subsidi kerajaan, suntikan modal pemegang saham atau mekanisme tarif yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Apakah Kementerian Kewangan Sabah akan bersetuju dengan tarif mahal dan kontrak berbilion ringgit yang perlu dibayar oleh Kerajaan Sabah akikat semua urusan Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid CEO ECoS dengan Pengurus Sabah Electricity?

3 