Star merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di bawah Gabungan Sabah selain Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). 

Pengumuman barisan nama calon tersebut disempurnakan oleh Presiden Star, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pada Majlis Pelancaran Manifesto, Penyampaian Watikah dan Pengumuman Calon-Calon PRU-14 di sini hari ini.

Menurut beliau pada pilihan raya umum kali ini Star hanya mempertaruhkan lima kerusi  Parlimen berbanding 11 kerusi pada PRU-13.