Suspek kes bunuh gara-gara tagih hutang RM300 diberkas
12:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
Suspek kes bunuh gara-gara tagih hutang RM300 diberkas

di Lahad Datu RM300 punya hutang jadi kes bunuh

LAHAD DATU, 25 April  Kes bunuh dipercayai akibat menagih hutang di Taman Warisan di sini semalam berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam apabila suspeknya ditangkap pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata suspek berusia 46 tahun itu diberkas pada 10.56 pagi tadi di sebuah rumah di Taman Harapan di sini.

"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Semalam, seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kelaran di leher manakala adik ipar mangsa, 11, cedera apabila mereka diserang oleh suspek menggunakan senjata tajam dipercayai barong dalam kejadian di Km7 Jalan Tengah Nipah berhampiran Taman Warisan 4.

Dalam kejadian 1.25 tengah hari itu, ketiga-tiga mereka menaiki sebuah kereta apabila secara tiba-tiba suspek menyerang mangsa berusia 30 tahun tersebut yang sedang memandu.  

Kejadian itu dipercayai berkaitan dengan tindakan mangsa kerap menagih hutang RM300 daripada suspek.

Comment