Manifesto BN Sabah- 20 Perkara Tema ‘Tanah Airku Maju’
16:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
Manifesto BN Sabah- 20 Perkara Tema ‘Tanah Airku Maju’

Manifesto penting menjelang pilihan raya, ia bukan janji atas dasar populariti tetapi azam dan tekad kita untuk tunaikan apa yang hendak kita usahakan kepada rakyat

KOTA KINABALU - 20 perkara Aku Janji (Manifesto) BN Sabah menjadi petanda aras kepada perjuangan jentera BN pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman menyeru agar semua jentera parti bersatu untuk pastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini.

 

Katanya, demi memastikan kemenangan BN pada PRU14 apa yang penting semua jentera parti bersatu demi memastikan kemenangan BN.

“Manifesto penting menjelang pilihan raya, ia bukan janji atas dasar populariti tetapi azam dan tekad kita untuk tunaikan apa yang hendak kita usahakan kepada rakyat.

“Kita sedia maklum, Manifesto pembangkang adalah janji kosong dengan membawa slogan SabahUbah, sedangkan mereka tidak membawa sebarang agenda perubahan mahupun pembangunan kepada rakyat di negeri ini.” katanya semasa melancarkan Manifesto BN Sabah di Kompleks Stadium Likas, semalam.

Majlis ini yang turut dihadiri lebih 20,000 jentera BN seluruh Sabah untuk mendengar serta menyuntik semangat juang sebelum hari penamaan calon pada 28 April ini.

Musa turut berkata “Mereka (pembangkang) dakwa Sabah negeri termiskin dan ini semua adalah bohong. Sabah mempunyai sumber ekonomi yang pelbagai. Dikatakan juga hutan Sabah pupus, hakikat sebenarnya negeri kita adalah pemilik hutan simpan terbesar di Sabah.” katanya.

Manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun pada 7 April lepas dengan meletakkan kepentingan Sabah amat dihargai pemimpin Sabah, ini sebagai bukti bahawa Persekutuan tidak sesekali mengetepikan hak-hak Sabah dan Sarawak.

20 senarai utama Manifesto BN Sabah dengan bertemakan ‘Tanah Airku Maju’ adalah Aku Janji BN untuk rakyat Sabah antaranya:-

1. Memelihara hak-hak sabah dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

2. Menyuburkan hubungan antara agama dan kaum.

3. Membasmi kemiskinan - sehingga mencapai angka kemiskinan sifar

4. Komitmen Berterusan membasmi PTI

5. Memperkasa Esscom

6. Mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama.

7. Pengurusan tanah yang lebih effisien.

8. Perlindungan alam sekitar ke arah ekonomi hijau.

9. Merapatkan jurang pembangunan antara bandae dan luar bandar.

10. Pembangunan wanita dan kesaksamaan gender.

11. Melonjakkan Pembangunan belia dan sukan.

12. Mempertingkatkan pembangunan modal insan. (Penawaran lebih banyak biasiswa kepada anak-anak Sabah).

13. Kerajaan telus dan berintegriti serta sistem penyampaian yang berkesan.

14. Mengukuhkan kedudukan kewangan dan wkonomi negari.

15. Membantu sektor pertanian

16. Membina rumah mampu milik

17. Merancakkan industri pelancongan

18. Mengiatkan pertunbuhan industri minyak dan gas

19. Mengiktiraf industri kreatif sebagai sumber ekonomi baru.

20. Memperluaskan kaupayaan jalur lebar.

14 Comments