KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H/2026 di Masjid Negeri Sabah, di sini pada Jumaat.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Sabah, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.
Lebih 1,000 jemaah hadir memeriahkan majlis yang turut diisi dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat.
Majlis tersebut dipimpin Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
Sambutan berkenaan menjadi antara pengisian bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW selain menyemarakkan penghayatan terhadap ajaran dan sunnah Baginda dalam kalangan umat Islam.

