Adam Pembiaya Kempen Zuraida Ampang Didapati Bersalah
14:04 Apr 26, 2018  |  By SabahKini2
Adam Pembiaya Kempen Zuraida Ampang Didapati Bersalah

Hukuman Adam Rosly dari pertuduhan membuat kenyataan kenyataan palsu dan selepas ini bakal didakwa didakwa dibawah Seksye 89 AMLATFAPUAA 2001 dan Akta SPRM 2009

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan ke atas Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, di samping denda RM30,000, atas tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa dimilikinya pada 2017.

Beliau dihadapkan 6 tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.

Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, lelaki itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Hukuman Adam Rosly dari pertuduhan membuat kenyataan kenyataan palsu dan selepas ini bakal didakwa  didakwa dibawah  Seksye 89 AMLATFAPUAA 2001 dan Akta SPRM 2009 

Adam Rosly adalah pembiaya dana kempen Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang.

 

Comment