Calon Sabah: Fitnah Terhadap Keluarga Musa Aman, Osman Jamal, Juslie Ajirol dan Matbali
22:04 Apr 26, 2018  |  By SabahKini2
Calon Sabah: Fitnah Terhadap Keluarga Musa Aman, Osman Jamal, Juslie Ajirol dan Matbali

Daripada 4 nama itu, Hajiji berkata, 3 daripada mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 penggal, dengan 2 daripadanya hanya ada pertalian disebabkan perkahwinan.

KOTA KINABALU: Tular dalam media sosial mengenai calon-calon BN yang dikaitkan dengan keluarga Tan Sri Musa Aman termasuk sebaran infografik fitnah mengenai calon Adun Lumadan Mat Bali Musah yang dikatakan sebagai anak Ketua Menteri Sabah itu.

Bendahari Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata seseorang secara “licik menggugurkan ‘h’ daripada nama terakhir Matbali Musah” untuk menjadikan Matbali, calon BN bagi DUN Lumadan, sebagai anak Musa.

Tetapi, katanya, mereka langsung tiada pertalian darah.

“Seseorang cuba membuatkannya kelihatan seperti saudara Musa.”

Pengguna media sosial merujuk nama 5 saudara dalam senarai calon BN yang kononnya sebagai nepotisme.

Daripada 4 nama itu, Hajiji berkata, 3 daripada mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 penggal, dengan 2 daripadanya hanya ada pertalian disebabkan perkahwinan.

“Sesetengah orang tidak patut terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa memeriksa faktanya. Jika ada yang mengaitkan seseorang itu melalui perkahwinan, maka majoriti daripada kami di Sabah saling berkaitan.”

Anifah sudah berkhidmat lama

Ya Datuk Seri Anifah Aman merupakan adik Musa Aman tetapi beliau menjadi ahli Parlimen sejak 1999, bermula di Parlimen Beaufort dan kemudian berpindah ke Parlimen Kimanis (Persempadanan baru). Sekarang sebagai Menteri Luar Negeri dan terbukti dibawah beliau Malaysia lebih lebih cemerlang di luar negara.

Datuk Seri Osu Sukam ialah pengerusi BN Sabah ketika Anifah pertama kali dicalonkan. Jadi tiada isu. Prestasinya sebagai Menteri sudah terbukti.

Datuk Ariffin Arif, yang akan mempertahankan DUN Membakut, pertama kali dicalonkan dan menang pada 2004 (sudah menjadi YB) hanya menjadi menantu Musa selepas berkahwin dengan anak perempuan tunggalnya pada 2007. Bukan jadi YB selepas jadi menantu. Khidmat Ariffin Arif yang terkenal sebagai penulis dan dalam bidang agama Islam terbukti di Membakut.

Begitu juga Datuk Ghulam Haidar Khan, yang dicalonkan semula di DUN Kawang, juga dipilih sebagai calon dan menang pada 2004 di zaman Pak lah lagi hanya menjadi besan Musa Aman selepas  anak perempuannya berkahwin dengan anak Musa, tahun lalu. Juga tak ada isu. Prestasi YB Ghulam Haidar juga cemerlang di Dun Kawang.

Bagaimanapun penyebaran Datuk Jusli Ajirul sebagai Ipar Musa Aman adalah satu fitnah. Menyedari mereka melakukan kesalahan fitnah pihak pembangkang seperti Pengarah Komunikasi Warisan Ismaily Bungsu cepat-cepat mengubah infografik sebaran itu.

 

Datuk Osman Jamal pun menjadi mangsa oleh Ismaily Bungsu Komunikasi Warisan

Seorang pemuda UMNO libaran dalam aplikasi whatsapps menegur penyebar berita palsu itu sebagai tidak bertanggungjawab.

“P.184 Libaran sejak bila Tan Sri Musa beripar dengan YB Datuk Juslie? Sembarangan sahaja bercakap. Ini boleh didakwa membawa berita palsu.  Demi kebaikan elakkan menyebar berita palsu”. katanya

Pembangkang juga didapati memfitnah calon baru iaitu Datuk Osman Jamal sebagai 'Biras' Musa Aman. sejak bila mereka menjadi biras?

 

Paling diserang  ialah nama anak Tan Sri Musa Yamani Hafez Ketua Pemuda Sabah yang membuat penampilan sulung di kerusi Parlimen Sipitang – tetapi Hajiji berkata, Musa sudah membantah pembabitan Hafez dalam politik dan tidak berminat beliau menjadi calon.

Hajiji berkata, ramai orang tidak tahu Musa membantah Hafez menyertai politik.

“Hafez dicadangkan sebagai calon oleh BN dan Pemuda Umno, sebagai pemimpin mereka yang menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan beliau aktif dalam pembentukan Program Transformasi Nasional 2050 (TN50).”

Exco negeri daripada Umno turut menyokong Hafez menjadi calon BN.

“Semua orang bersetuju beliau tidak patut dilucutkan haknya untuk menjadi calon hanya kerana beliau ialah anak ketua menteri.”

Beberapa netizen memberi komen dalam media sosial apa isunya Yamani Hafez sebagai calon?. Dalam Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, Isteri jadi Presiden PKR dan calon begitu juga anaknya menjadi Naib Presiden Warisan serta wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berkuasa dalam DAP malah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Anak-anak Karpal Singh dan Mahathir - Mukhriz. Tak ada isu pun soal nepotisme.Begitu juga dahulu keluarga Shafie Apdal seperti Yusof Apdal dan Azis Jamman (Anak Saudara) tidak pula menjadi isu.

6 Comments