Rancangan Ketua Pemuda ‘Pro Shafie Apdal’ Singkir Osman Jamal Gagal!
23:04 Apr 26, 2018  |  By SabahKini2
Rancangan Ketua Pemuda ‘Pro Shafie Apdal’ Singkir Osman Jamal Gagal!

Akhirnya DOJ diletakkan di N55 Balung salah satu Dun di Parlimen P190 Tawau.

KOTA KINABALU: Sejak ura-ura Datuk Osman Jamal  bertanding di Parlimen P.191 Kalabakan sudah ada usaha menentang malah mengugut keluar parti jika Datuk Osman Jamal (DOJ)  Presiden Bugis Sabah itu bertanding di sana.

Akhirnya DOJ diletakkan di N55 Balung salah satu Dun di Parlimen P190 Tawau.

Bagaimanapun sekali lagi kehadirannya di Balung disambut dengan demontrasi bantahan kira-kira 80 ahli UMNO selama sejam di hadapan pejabat parti itu di Tawau.

Sumber mendedahkan ia rancangan Ketua Pemuda ‘Pro Shafie’di Parlimen itu yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan AJK dan cawangan.

Salah seorang demonstran, yang tidak ingin dikenali berkata, kumpulan tersebut kecewa selepas mendapat tahu bahawa ADUN lama mereka, Syed Abas Syed Ali, 70, akan digantikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah (EPU) Osman Jamal, selaku calon BN pada pilihanraya 9 Mei ini.

"Kami tak mahu Calon Payung Terjun. Kami menggesa pucuk pimpinan parti dapat terus meletakkan kepercayaan kepada penyandang ADUN, sekarang ini" katanya.

Semakan Sabahkini2 Datuk Syed Abas Syed Ali yang sudah berkhidmat sejak 1978 di Balung mengambil keputusan untuk berehat tidak mahu menyambung khidmat di kawasan itu lagi dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mencari penggantinya.

Mereka mengangkat pelbagai placard dengan mesej-mesej seperti "Kami mahu calon dari UMNO Tawau", "Kami menolak calon terjun payung", "Pilih satu atau 14,000 pengundi Balung" dan "N55 Balung tolak Osman Jamal".

Syed Abas turut memujuk kumpulan yang membantah untuk bersurai. Pihak Polis juga ada bagi mengawal keadaan.

Syed Abas telah mewakili kerusi Balung bermula 1978 hingga 1981, dan kemudian sejak 2004 hingga hari ini.

Osman adalah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, sebelum dipindahkan ke EPU kira-kira tiga tahun lalu. Beliau berasal dari Tawau dan merupakan presiden Persatuan Kebudayaan Bugis Sabah.

Di Parlimen Tawau 14, 574 atau 25 peratus pengundi kedua tertinggi kaum Bugis di Sabah. Pemilihan calon sama ada di Kalabakan atau Tawau sudah pasti berkaitan dengan kedudukannya sebagai Presiden Bugis dan pengalamannya dalam jabatan kerajaan yang boleh membawa perubahan baru di kawasan itu.

Susulan pengumuman calon yang telah disahkan Pengerusi BN Sabah semalam DOJ bertanding di Dun Balung pengikut-pengikut DOJ menunjukkan sokongan mereka di Lapangan Terbau Tawau menyahut kepulangannya.

BN Tawau yakin bantahan hanya bersifat sementara kerana mereka perlu fokus kepada mengekalkan BN di Parlimen Tawau.

2 Comments