Penganggur berdepan pertuduhan edar 11kg syabu
16:10 Oct 02, 2026  |  By SabahKini2
Penganggur berdepan pertuduhan edar 11kg syabu

Mohd Azlan Muslimin, 31, mengaku faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

TAWAU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 11.15 kilogram (kg) methamphetamine di sebuah stor pejabat syarikat bas ekspres di Jalan Damai, bulan lalu.

Mohd Azlan Muslimin, 31, mengaku faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Azlan didakwa mengedar 11,155.22 gram methamphetamine pada kira-kira 9.30 pagi, 19 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, dia hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintenden Jeffrey Kadisun.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan tidak menawarkan jaminan.

Mahkamah menetapkan 3 November ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Comment