Shafie bertemu sepupu rebut Senallang, pasang macai jatuhkan adiknya di Lahad Datu
08:04 Apr 27, 2018  |  By SabahKini2
Shafie bertemu sepupu rebut Senallang, pasang macai jatuhkan adiknya di Lahad Datu

Perang keluarga Tun Sakaran Dandai dalam politik antara BN dan Warisa pasti menarik perhatian. Di Semporna pertarungan sepupu malah Shafie menghantar calon anak buahnya ke Sepanggar dan Lahad Datu menentang adik sendiri

KOTA KINABALU- Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi parlimen Semporna pada pilihan raya umum akan datang.

Ini diumumkan oleh Shafie sendiri semasa pengumuman calon pilihan raya WARISAN di Kota Kinabalu, hari ini.

Walau bagaimanapun, kali ini ahli parlimen Semporna selama lima penggal itu juga akan bertanding di kerusi DUN Senalang menentang sepupunya Datuk Nasir Sakaran.  Nasir adalah penyandang kerusi berkenaan.

Seorang lagi sepupu Shafie, Datuk Abdul Razak Sakaran sebagai calon BN di kerusi DUN Bugaya. Kedua-dua Senalang dan Bugaya dalam Parlimen Semporna.  

Kecuali Parlimen Semporna Shafie akan berlawan dengan Datuk Ramlee Marhaban yang dahulu bertanding di DUN Bugaya.

Perang kali ini adalah perang keluarga Tun Sakaran Dandai di Semporna apabila anaknya dan anak saudara berebut kerusi di Parlimen Semporna melalui Parti BN dan Warisan.

Mampukah Shafie mendapat majoriti besar dalam Warisan? Dulu atas nama UMNO/BN serta Menteri

 

Shafie Apdal turut menghantar anak saudaranya Datuk Azis Jamman di Parlimen Sepanggar sebagai orang luar untuk menentang calon BN Dato' Seri Rahman Dahlan. Warisan sebelum ini bermati-matian menggunakan isu calon luar namun dalam masa sama menghantar Azis Jamman mengisi kekosongan sebagai calon luar.

Di Dun N.50 Lahad Datu, Shafie Apdal turut menghantar Dumi Bin Pg Masdal untuk menentang adiknya Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal yang sebelum ini tahun lalu bersama-sama direman SPRM kerana siasatan kes rasuah penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion. 

Pertarungan keluarga Tun Sakaran Dandai Bekas TYT ini pasti menarik sama ada pengundi melihat faktor Tun Sakaran untuk mengundi Barisan Nasional atau tidak

 

Comment