Kecam Presiden Warisan Secara Terbuka Barlus Mangabis Jadi Calon Kota Marudu.
16:04 Apr 27, 2018  |  By SabahKini2
 Kecam Presiden Warisan Secara Terbuka Barlus Mangabis Jadi Calon Kota Marudu.

Gara-gara menyerang Presiden Warisan melalui surat terbuka yang tular...

Siapa menyangka surat terbuka yang ditulis oleh Setiausaha Warisan Dun Matunggong selaku AMT P168 Kota Marudu dari marah dan tidak puas hati terhadap Presiden Warisan bertukar kepada berita menggembirakan apabila pengasas Warisan Matunggong, Barlus Mangabis yang bersusah payah itu dinamakan sebagai calon P.168 Parlimen Kota Marudu.

N.04 Matunggong diserahkan kepada PKR namun Parlimen diberi kepada Warisan.

Pemilihan Barlus tidak menghairan memandangkan beliau merupakan pengikut Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga akan bertanding di Dun Melalap Tenom.

Sebelum ini Warisan Matunggong bersuara katanya setelah 1 tahun 5 bulan dan 14 hari berjuang siang dan malam, membuang duit, tenaga dan masa, kerusi Matunggong diberikan kepada PKR yang hanya goyang telur di Matunggong selama berjuang.

“Adilkah bagi kami bahawa Warisan tak di calonkan di Matunggong? Bagaimana PKR Mahu Menang.” katanya

Nampaknya suara anak didik Peter Anthony itu menjadi pegangan utama sehingga Barlus Mangabis sebagai calon Parlimen Kota Marudu.

Bagaimana dengan suara ahli Warisan ditempat lain yang tidak berpuasa hati? Adakah seperti Barlus Mangabis juga?

Persoalannya bolehlah WARISAN menang di Parlimen Kota Marudu? Lawan Warisan dengan BN dan Parti Harapan Sabah bukan calang-calang tetapi berpengalaman dan Menteri Persekutuan.

 

 

2 Comments