KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7.30 pagi ini.
Pasir Gudang, Johor, mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 203, sekali gus berada pada kategori sangat tidak sihat.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin, Johor, merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 192, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (189) dan Johan Setia, Selangor (183).
Klang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan bacaan 181.
Bandaraya Melaka pula merekodkan bacaan 178, diikuti Bukit Rambai, Melaka (177), Pengerang, Johor (175), serta Seri Manjung, Perak, Putrajaya dan Batu Pahat, Johor, masing-masing dengan bacaan 173.
Stesen lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (171); Batu Muda, Kuala Lumpur dan Banting, Selangor (170); Alor Gajah, Melaka dan Kluang, Johor (170); serta Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor (169).
Cheras, Kuala Lumpur, mencatatkan bacaan 168, diikuti Tangkak, Johor (165); Tanjung Malim, Perak (164); Kota Tinggi, Johor (163); Segamat, Johor (159); Temerloh, Pahang (157); Pegoh Ipoh, Perak (156); Kuala Selangor, Selangor (155); Tasek Ipoh, Perak dan Rompin, Pahang (153); Tawau, Sabah (152) serta Jerantut, Pahang (140).
Sementara itu, Sandakan, Sabah, merekodkan bacaan IPU 110, manakala Taiping, Perak, mencatatkan 103.
Kedua-dua kawasan itu berada pada tahap sederhana, bersama 35 stesen pemantauan lain.
Dalam perkembangan berasingan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak sehingga jam 8 pagi ini.
Kawasan terjejas melibatkan Kapit dan Song di bahagian Kapit; Lubok Antu di Sri Aman; Kanowit dan Sibu di bahagian Sibu; serta Julau, Maradong dan Pakan di Sarikei.

