PDRM, Askar Wataniah sepakat perkukuh keselamatan awam di Tawau
15:11 Nov 05, 2026  |  By SabahKini2
PDRM, Askar Wataniah sepakat perkukuh keselamatan awam di Tawau

Kerjasama berterusan antara PDRM dan Askar Wataniah dilihat penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta penyelarasan tindakan kedua-dua agensi demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen 516 Askar Wataniah terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

Usaha itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Lim Teck Kiong bersama delegasi kepada Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, semalam.

Pertemuan berkenaan memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan perkembangan isu keselamatan serta cabaran semasa yang memerlukan perhatian bersama.

Selain mengukuhkan hubungan antara kedua-dua agensi, pertemuan itu turut menjadi platform membincangkan pendekatan kerjasama strategik dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini terus dipertingkatkan.

Delegasi berkenaan turut disertai Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Peter Dunggi dan Ketua Cawangan Tadbir rejimen itu, Mejar Osman Jamil Sulong.

Comment