Selepas Semporna Kini Pertarungan Keluarga Kitingan di Tambunan
21:04 Apr 27, 2018  |  By SabahKini2
Selepas Semporna Kini Pertarungan Keluarga Kitingan di Tambunan

Bukan saja di Semporna pertembungan keluarga kini di Tambunan turut berlaku antara BN, GS dan Warisan.

KOTA KINABALU: Jika Semporna pertembungan keluarga Tun Sakaran Dandai di Tambunan pula menyaksikan pertarungan keluarga Kitingan di mana abang, adik dan adik ipar akan berentap bagi merebut kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan dicabar oleh adiknya Datuk Dr Jeffery Kitingan yang merupakan presiden parti Star.

Lebih sengit apabila  parti  Warisan  Sabah  mencalonkan adik ipar kedua-dua mereka iaitu Justin Alip, bagi kerusi DUN itu. Sebelum ini dikhabarkan adalah adik Pairin iaitu Crispin Kitingan.

Jeffrey turut bertanding kerusi Parlimen Keningau yang sebelum ini disandang abangnya Pairin.

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan Justin Alip  sebagai calon Warisan untuk DUN pedalaman itu.

Pairin, 77, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merupakan ADUN Tambunan sejak 1976 dan pada pilihan raya kali ini, beliau melepaskan kerusi parlimen Keningau, yang disandangnya sejak 1985, kepada Datuk Daniel Kinsik.

Pada pilihan raya yang lepas, Pairin yang bertanding atas tiket BN menang kerusi DUN  Tambunan  dengan majoriti 2,079 undi dan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau, menewaskan Jeffrey dengan majoriti 3,918 undi. Jeffrey yang menggunakan lambang Star pula memenangi DUN Bingkor dengan majoriti 456 undi.

Comment