(VIDEO) PKR Tuaran Lumpuh! AJK Ketua JDM Beralih Sokong BN
15:04 Apr 29, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) PKR Tuaran Lumpuh! AJK  Ketua JDM Beralih Sokong BN

Gerakan yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR bagi P170 Tuaran itu, yang juga merupakan Timbalan Penyelaras PKR Tamparuli, Rajimit Gunong, secara langsungnya telah melumpuhkan keseluruhan operasi pejabat PKR Tuaran di sini.

 

PEJABAT PKR TUARAN TUTUP. TUKAR KEPADA BN

TUARAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan nasib yang agak malang pada Ahad apabila Ahli Jawatankuasa Bahagian itu yang juga merangkap ketua-ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) mereka memutuskan untuk keluar dari parti itu dan mengubah sokongan kepada Barisan Nasional.

Gerakan yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR bagi P170 Tuaran itu, yang juga merupakan Timbalan Penyelaras PKR Tamparuli, Rajimit Gunong, secara langsungnya telah melumpuhkan keseluruhan operasi pejabat PKR Tuaran di sini.

Rajimit berkata mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti di peringkat bahagian dan negeri iaitu Ombilod Onul dan Christina Liew.

"Mereka sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya dalam satu majlis ringkas yang dihadiri calon BN bagi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, serta calon BN bagi kerusi DUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Dalam hal ini, Rajimit berkata selepas membuat pertimbangan yang teliti mereka memutuskan untuk memberikan sokongan kepada BN, yang telah terbukti mempunyai rekod prestasi yang belum pernah tercemar.

Tangau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada kumpulan 12 orang yang merupakan ahli jawatankuasa bahagian PKR Tuaran itu kerana telah membuat keputusan yang tepat.

Beliau berkata perkembangan terbaru ini seharusnya menjadi sebab untuk mereka mula 'berfikir semasaknya', bagi mereka yang masih belum turut serta bersama kelompok 12 orang ini."

"Saya harap mereka akan mengikuti jejak langkah Rajimit dan rakan-rakannya," katanya sambil menambah Rajimit dan rakan-rakannya bebas menyertai mana-mana parti komponen BN yang mereka pilih.

Selepas itu, beliau menyaksikan penurunan bendera PKR di premis terbabit oleh Rajimit yang kemudian menggantikannya dengan bendera BN.

Menurut Tangau, memandangkan kini pejabat itu telah diubah menjadi premis BN, ia akan terus beroperasi tetapi dengan objektif yang berbeza iaitu untuk meraih sokongan bagi pihak BN.

Selain Rajimit, Ahli-ahli Jawatankuasa lain yang turut bersama beliau ialah ketua penyelaras PKR Mangkaladoi (JDM), Lagui @ Jaimin Gutut, bendahari PKR Tuaran merangkap ketua JDM Tuaran Bandar, Tan Chu Eng, AJK merangkap Ketua JDM Berungis, Lamat Majid, AJK merangkap Ketua JDM Kg Marabahai, Saibon Mion, Ketua JDM Topokon, Pulasung Timuk, ketua wanita PKR Sulaman, Halimah Paluh, setiausaha eksekutif, Benini Satur, AJK merangkap Ketua JDM Rongolis, Josh Malas, AJK merangkap Ketua JDM Sawah, Tion Ujoh, Ketua JDM Rani, Roimin Sulidan dan AJK Martin Yasin.

Tinjuan Sabahkini2 dalam media sosial beberapa bekas ahli PKR turut menyambut baik penghijrahan AJK PKR itu kepada BN.

Petrus Longkod bekas ahli PKR menulis dalam facebooknya bahawa pejabat PKR di Tuaran ditutup.

"Pejabat Cabang PKR Tuaran hari ini telah ditutup dan bertukar kepada BN yang diketuai oleh Rajimit Gunong atas hilang kepercayaan kepada pimpinan cabang, negeri dan pusat. Kali ini adalah kedua kali berlaku seperti pru 13. Syabas kepada beberapa AJK cabang Tuaran kerana berani berubah kepada BN". katanya

Video-video penurunan bendera PKR oleh AJK PKR Tuaran itu kini tular dalam media sosial.

 

13 Comments