Belum Berkuasa Parti Amanah Pusat Arah Presiden Warisan Dengar Cakapnya
18:04 Apr 29, 2018  |  By SabahKini2
Belum Berkuasa Parti Amanah Pusat  Arah Presiden Warisan Dengar Cakapnya

Belum PH berkuasa sudah ditunjukkan diktator pusat untuk menguasai Sabah. PH tidak peduli pun pendapat Warisan Sabah sebagai Parti Lokal.

SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mengesahkan kepimpinan parti memberi kebenaran kepada parti itu menentang calon Parti Warisan Sabah yang merupakan sekutu pakatan pembangkang di Sabah.

PAN turut meletakkan calon di Parlimen Batu Sapi dan kerusi DUN Merotai yang melibatkan pertembungan 4 dan 7 penjuru.

“Kami minta maaf kepada kawan-kawan di Sabah tetapi selepas rundingan yang panjang mereka tetap berkeras dan tidak bersedia memberi kepada kami walaupun satu kerusi sedangkan ahli kami bekerja keras di sana sejak Amanah ditubuhkan 2 tahun lepas,” kata Khalid.

Presiden PAN Mohamad Sabu seakan-akan memerli parti Warisan dengan mengucapkan terima kasih kepada Warisan atas kerjasama yang dilakukan di negeri itu, dan yakin Sabah bakal dimenangi PH serta Warisan di bawah naungannya.

Empat calon bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi, iaitu Hamzah Abdullah (PAN) Liew Vui Keong (Warisan), Linda Tsen Thau Lin (BN) dan Norsah Bongsu (PAS).

Tujuh calon bertanding di kerusi DUN Merotai, iaitu Ahmad Dullah (PAS), Lim Ting Khai (BN-LDP), Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon (Parti Harapan Rakyat), Abrani Akum (PAN), Sarifudin Hata (Warisan), Azizul Tandek (Parti Kebangsaan Sabah) dan Mohd Nasir Sumadi (Usno).

 

2 Comments