Calon Wanita BN Pertama DUN Tungku Terus Dekati Rakyat
04:04 Apr 30, 2018  |  By SabahKini2
Calon Wanita BN Pertama DUN Tungku Terus Dekati Rakyat

Muda, cantik dan berkepimpinan itulah pakej calon BN Dun Tungku. Beliau membuktikan sejak sebagai Ketua Wanita UMNO Parlimen Silam. Kini beliau terus bekerja untuk rakyat

LAHAD DATU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Mizma Appehdullah terus berkempen bagi meraih sokongan pengundi di kawasan itu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Beliau memulakan kempen sebelum ini ke Kampung Telisai, Tanjung Labian dan Dam Road bagi beramah mesra dan menyantuni pemimpin-pemimpin masyarakat serta pengundi.



Kehadiran ketua Wanita Umno Silam itu juga sememangnya diterima dengan rasa hormat dan teruja kerana menjadi calon pertama wanita yang diangkat sebagai calon wakil rakyat bagi DUN Tungku

Semasa berkempen, Mizma  mengemukakan beberapa manifesto yang diyakini memenuhi aspirasi dan kepentingan masyarakat khasnya di DUN berkenaan.

Antaranya termasuklah membawa kepada penubuhan Klinik 1Malaysia dan Pusat Transformasi Bandar (UTC)  di Tungku, mengusahakan penambahan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) agar menjamin pendidikan anak-anak serta merancakkan industri pelancongan dengan penubuhan memorial pejuang-pejuang anggota keselamatan pada Peristiwa Tanduo.

Mizma ditemui pemberita berkata, manifesto ini berupaya mengekalkan momentum bahawa setiap calon dari BN adalah calon yang layak membawa lebih banyak lagi perubahan kepada kawasan Parlimen Silam khasnya Tungku.



"Kita membawa manifesto ini secara realistik dimana banyak lagi manifesto tambahan lain namun ini adalah apa yang kita dengarkan daripada masyarakat dan akan kita (BN) usahakan demi masyarakat di Dun ini.

"Perkara ini sudah nyata kerana Kerajaan BN mempunyai rekod yang baik menyelesaikan tawaran juga janji kepada rakyatnya," katanya.

Sehubungan itu, Mizma berharap agar masyarakat di Tungku untuk terus menyokong BN dan menzahirkan sokongan itu pada tanggal 9 Mei nanti.

Mizma antara calon muda dari Wanita yang diketengahkan oleh BN dalam Pilihanraya ke 14 kali ini secara 4 penjuru dengan calon Warisan Assaffal P Alian, Bulangan Panas (Harapan Rakyat), Abdul Rahman Taggoh (PKS) 

120 Comments