754 Ahli Warisan dan 146 ahli Parti Kerjasama Anak Negeri Masuk BN
06:04 Apr 30, 2018  |  By SabahKini2
754 Ahli Warisan dan 146 ahli Parti Kerjasama Anak Negeri Masuk BN

Lagi Cawangan dan ahli Warisan masuk BN. Kali ini di Parlimen Batu Sapi.

SANDAKAN: 754 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) dan 146 ahli Parti Kerjasama Anak Negeri (PKAN) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas tidak mempercayai hala tuju perjuangan parti pembangkang tempatan itu.

Jumlah tersebut adalah melibatkan 9 cawangan Warisan bagi kawasan kerusi Dun Sekong dan 2 cawangan PKAN  

Setiausaha Warisan, Abdullah Madin mengetuai kumpulan berkenaan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

Abdullah ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi ketuanya.

“Sejak kami menjadi ahli warisan tiada apa-apa bantuan yang diberikan kepada semua ahli di cawangan itu, sebaliknya mempimpin tertinggi hanya melaung-laungkan slogan mahu mendapat kuasa.”

“Atas sebab itulah kami berasa insaf selepas menyedari penyertaan kami ke dalam warisan hanya sia-sia, maka hari ini kami membuat keputusan untuk menyertai UMNO, katanya.”

Hadir bersama pada majlis menerima borang keahlian mereka ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Parlimen Batu Sapi.

 

 

 

 

123 Comments