Imam JHEAINS Larikan RM870,000 duit Usno, 84 calon gagal bertanding
15:04 Apr 30, 2018  |  By SabahKini2
Imam JHEAINS Larikan RM870,000 duit Usno, 84 calon gagal bertanding

Presiden Usno Baru, Hj Dulli Tiaseh yang berjanji bertanding dalam PRU-14 gagal bertanding

Apakah benar duit RM870 ribu hilang? atau wayang mahu melarikan. Polis sedang menyiasat kes ini

KOTA KINABALU: Wang tunai sebanyak RM870,000 milik Usno Baru parti pembangkang di Sabah, dikatakan untuk pembayaran deposit calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hilang dilarikan penasihat kewangan parti Usno Baru.

Menurut Presiden Usno Baru, Hj Dulli Tiaseh menyerahkan wang deposit untuk seramai 26 calon kerusi parlimen dan 60 calon kerusi DUN di Sabah kepada Jun Alias bin Laip pada Jumaat 

Semakan Sabahkini2 Jun Alias Laip bertugas sebagai imam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah  (JHEAINS).

Menurut sumber, wang itu adalah untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti berkenaan yang akan bertanding pada PRU-14 di seluruh Sabah.

Sumber berkata, pihak SPR telah memberi kelonggaran kepada parti itu untuk membuat pembayaran sebelum jam 12 tengah malam namun suspek gagal ditemui atau dihubungi.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, pengadu JOHN BIN EDWARD KISIL yang juga bekerja sebagai Penolong Jurutera Gred JA36 JKR Sabah selaku Ahli Majlis Tertinggi USNO bersama presiden parti itu serta calon pergi ke rumah Jun Alias di Kampung Lentigi Kota Belud dan dia dikatakan berjanji untuk memberikan wang itu semula pada petang sama.

Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, Jun Alias gagal menyerahkan wang pembayaran itu.

Akibat tindakan suspek, hanya dua calon didaftarkan dengan menggunakan wang sendiri iaitu DUN Balung dan Merotai manakala calon selebihnya membabitkan 26 Parlimen termasuk Labuan dan 58 calon DUN gagal didaftarkan. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

"Siasatan masih dijalankan dan suspek sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah," katanya.

Usno Baru adalah satu contoh kegagalan parti tempatan Sabah. Mereka tidak menyertai Gabungan Sabah atau kerjasama Pakatan Harapan. 

 

 

 

 

 

21 Comments