Pairin berjasa di Tambunan, BN kuat dan rakyat dapat tanah
17:05 May 01, 2018  |  By SabahKini2
Pairin berjasa di Tambunan, BN kuat dan rakyat dapat tanah

Pada mulanya Pairin telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada arena politik tetapi selepas berbincang maka Pairin bersetuju menyertai pilihan raya umum kali ini,

Kredit: Bernama News Channel

TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas ketua menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertanding di DUN Tambunan bagi menguatkan Barisan Nasional di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata demikian dalam ucapan kepada 3,000 hadirin di satu himpunan di di Tambunan hari ini.

“Pairin perlu diberi peluang kerana penyertaan beliau dalam pilihan raya umum itu boleh membantu menguatkan BN khususnya di kawasan pedalaman.

“Pada mulanya Pairin telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada arena politik tetapi selepas berbincang maka Pairin bersetuju menyertai pilihan raya umum kali ini,” kata Musa.

Beliau berkata dia ada berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meminta Pairin menangguhkan rancangan persaraan buat masa ini.

Acara di Tambunan menyaksikan Musa menyerahkan geran tanah adat dan geran berkelompok kepada rakyat Tambunan dari pelbagai kampung.

Tan Sri Musa Aman menasihatkan pengundi supaya memastikan Barisan Nasional mempertahankan negeri itu kerana terdapat banyak manfaat daripada projek pembangunan yang sedang dirancang untuk kawasan itu.

Sementara itu di atas jasa-jasa Tan Sri Pairin penantian lebih sedekad 468 penduduk daerah Tambunan untuk memiliki geran tanah akhirnya terjawab apabila seramai 287 orang dari 8 Mukim menerima Geran Tanah Anak Negeri (NT), manakala 181 penduduk dari tiga buah kampung pula menerima Geran Komunal.

Geran-geran tersebut diserahkan Tan Sri Musa Aman dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat daerah Tambunan, pada Selasa.

52 Comments