Kempen BN Libaran terus menggegar, Warisan terus menggeletar
21:05 May 01, 2018  |  By SabahKini2
Kempen BN Libaran terus menggegar, Warisan terus menggeletar

Kempen BN terus mendahului di Parlimen Libaran.

LIBARAN: Kempen di Parlimen Libaran terus meriah. Sekalipun sibuk dengan atur cara kempen BN di seluruh Sabah, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman memulakan kempen pilihan rayanya selepas pencalonannya di Program Rakyat Dihatiku di Kampung Nelayan Batu Putih.  Majlis tersebut dihadiri 300 penduduk di kampung itu yang mempunyai 52 rumah keluarga nelayan.

 Turut bersama Datuk Zakaria Mohd Edris, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran. 
 
Berucap pada majlis itu, Musa menjelaskan mengenai komitmen BN melaksanakan pembangunan untuk kemudahan rakyat. Katanya BN mempunyai rekod yang baik dalam melaksanakan pembangunan dan menyediakan kemudahan asas membabitkan bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Datuk Zakaria pula terus berkempen secara berkelompok mendekati pengundi di setiap PDM yang ada di Parlimen Libaran.
 
Sementara itu didapati calon Parlimen Warisan dan Dun Sibuga turut bekempen secara berkelompok. 
 
 
Rakyat boleh menilai sendiri standard calon Warisan ini Hj Asmara Bin Abdul Rahman bersama dengan  calon Parlimen Irwanshah. Apakah smbangan mereka dan mungkinkah cara berkempen mereka boleh menawan hati Pengundi Libaran.
 
 
 
 
 

Hj Asmara kata kalau berkuasa baru kuasai lesen dan ada duit..
 
30 Comments