Wang RM870,000 tidak wujud, Imam JHEAINS lapor Polis difitnah larikan wang USNO
22:05 May 01, 2018  |  By SabahKini2
Wang RM870,000 tidak wujud, Imam JHEAINS lapor Polis difitnah larikan wang USNO

Kini gelaran imam JHEINS lapor polis bahawa wang hilang RM870 ribu adalah palsu.

KOTA KINABALU: Imam JHEAINS, Jun Alias Laip atau Penasihat kewangan parti Usno melaporkan kepada pihak polis berhubung dakwaan beliau telah melarikan Wang tunai sebanyak RM870,000 milik Usno Baru pada 28 April lalu.

Wang itu dikatakan untuk pembayaran deposit calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyebabkan 26 calon kerusi parlimen dan 60 calon kerusi DUN di Sabah gagal bertanding dalam pilihan raya kali ini.

"Saya membuat laporan untuk penafian dan saman malu kepada semua yang terlibat membuat laporan polis tersebut". Katanya.

Menurut sumber Sabahkini2 laporan kehilangan RM870 ribu itu adalah PALSU dan tiada wang yang dicuri. Wang RM870 ribu tidak wujud. Ia hanya sebagai strategi mengaburi rakyat betapa parti Usno Baru tidak mempunyai wang bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Apa motif lain oleh pihak pengadu  JOHN BIN EDWARD KISIL dan Presiden Usno Baru, Hj Dulli biarlah disiasat polis dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Membuat laporan palsu boleh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali. Kes ini melibatkan penjawat awam Negeri sudah pasti tindakan tatatertib bakal diambil nanti.



1 Comment