(VIDEO) Arul Kanda Balun Rafizi Ramli Si Penghasut
19:05 May 02, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Arul Kanda Balun Rafizi Ramli  Si Penghasut

Arul Kanda menjelaskan 1MDB sebagai syarikat milik penuh kerajaan bertanggungjawab untuk menangkis dan memberi penerangan kepada rakyat yang diberikan “tohmahan dan dakwaan tidak berasas” oleh pembangkang.

 

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata syarikat milik kerajaan itu tidak perlu mengadakan jelajah penerangan ke seluruh negara sekiranya pengkritik bercakap tentang 1MDB secara berfakta.

Beliau menyangkal laporan media hari ini mengatakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempertikaikan sesi penerangan dan soal jawab oleh 1MDB itu sebagai sebahagian kempen oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya.

Arul Kanda menjelaskan 1MDB sebagai syarikat milik penuh kerajaan bertanggungjawab untuk menangkis dan memberi penerangan kepada rakyat yang diberikan “tohmahan dan dakwaan tidak berasas” oleh pembangkang.

“Jadi, kalau pembangkang bercakap yang benar, kalau pembangkang bercakap yang betul, kalau pembangkang menggunakan fakta apabila membentangkan hujah-hujah mereka, tidak perlu saya menjelajah ke seluruh negara membuat sesi penerangan seperti ini.

“Saya nak tanya Rafizi Ramli, kenapa beliau tidak datang sesi ceramah ini? Lebih 30 tempat di seluruh Malaysia saya telah menjelajah, membuat ceramah secara terbuka, memberi penerangan secara terbuka. Beliau kalau datang sekalipun, beliau akan lihat ini bukan kempen politik,” katanya.

Comment