Raime seru rakyat undi calon BN di Tenom
23:05 May 03, 2018  |  By SabahKini2
Raime seru rakyat undi calon BN di Tenom

Raime bertemu Dato' Sri Anifah Aman di Bongawan malam tadi

Raime ditemui di Bongawan bersama Anifah Aman terus teguh bersama BN

TENOM: Bekas Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi hari ini menyuarakan sokongan terbukanya kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Tenom dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom menzahirkan sokongan itu pada program Muafakat Peladang di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah.

Sehubungan itu, Raime yang menjadi Anggota Parlimen Tenom selama tiga penggal sejak 2004 berkata beliau komited memberikan sokongan dan membantu calon BN untuk memastikan kemenangan semua calon-calon berkenaan pada kali ini.

Katanya, perjuangan parti dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya.

Raime berkata: "Yang penting adalah kemenangan BN supaya parti dapat meneruskan agenda  pembangunan yang dirancangkan,".

Dalam pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Tenom ditandingi oleh Ketua Bahagian UMNO Tenom Datuk Rubin Balang yang dicabar calon DAP, Noorita  Sual dan Laimoi Laikim daripada Parti  Harapan Rakyat Sabah.

Sementara itu, dua kerusi Dewan Undangan Negeri Melalap dan Kemabong di bawah Parlimen Tenom  masing-masing diwakili oleh calon BN, iaitu Datuk Radin Maleh dan Jamawi Jaafar. Pada PRU13 Raime memenangi kerusi Parlimen Tenom dengan majoriti  3,886 undi.

2 Comments