200 Lagi Ahli Warisan Hilang Kepercayaan Dan Sertai BN Di Lahad Datu
02:05 May 05, 2018  |  By SabahKini2
200 Lagi Ahli Warisan Hilang Kepercayaan Dan Sertai BN Di Lahad Datu

Diketuai S Jeffrizin Bin Hj. Suti bersama 200 lagi ahli keluar parti Warisan

Ya dulu kami sokong parti ini sebab kami sangka nasib kami kena bela tapi rupa-rupanya parti ini...

LAHAD DATU - Jika benar parti itu memperjuangkan hak dan nasib rakyat mana mungkin sepanjang kempen pilihan raya kali ini menyaksikan ahli keluar parti dan sertai parti lain.

Hilang kepercayaan dan perjuangan hanya untuk diri pemimpin menjadi alasan utama ahli Warisan semakin ramai tinggalkan parti kapal ini.

Terkini ahli Warisan di Sapagaya Hilir yang diketuai S Jeffrizin Bin Hj. Suti bersama 200 lagi ahli keluar parti dan sertai Barisan Nasional.

Katanya, “Ya dulu kami sokong parti ini sebab kami sangka nasib kami kena bela tapi rupa-rupanya parti ini hanya perjuangkan nasib pemimpinnya dan kami sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti ini.

“Kenapa kami pilih BN, sebab sudah terbukti hanya parti ini saja yang berjaya membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Parti BN saja tidak membeza-bezakan rakyatnya kalau mereka mahu bantu walaupun kami dulu bukan penyokong BN kami tetap rasai nikmat yang BN bagi dan ini salah satu kenapa kami ingin bersama BN.” katanya kepada pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir di majlis khas yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Silam Zon Sapagaya.

Sebagai tanda sokongan dan akan terus berjuang dengan jentera BN, Jefferi secara simbolik membuka baju kemeja parti Warisan di hadapan calon Barisan Nasional, calon bagi kerusi Parlimen P.188 Silam, Datuk Hj Datu Nasrun bin Datu Mansur.

Sebelum ini adik Mohammad Sarangit yang kecewa kerana tidak dicalonkan keluar BN menyertai Warisan. 

1 Comment