Micheal Asang nafi keluar parti, calon BN Labuk dapat publisiti meluas
04:05 May 05, 2018  |  By SabahKini2
Micheal Asang nafi keluar parti, calon BN Labuk dapat publisiti meluas

siapa sangka gambar yang ditular kononnya Micheal Asang masuk Warisan telah publisiti meluas calon BN Labuk, Abd Rahman Kongkawang

KOTA KINABALU: Gara-gara berita bergambar calon BN Labuk, Abd Rahman Kongkawang, Ketua PBS Bahagian Labuk DSP Micheal Asang dan juga KK Kumit menerima kemasukan Ketua Cawangan Warisan Kg Seri Menanti iaitu Encik Jamiang @ Jambingan Saraman bersama-sama 25 orang lagi ahli cawangannya terdapat pihak memutar belitkan fakta kononnya Micheal Asang telah keluar BN menyertai Warisan.

Sabahkini2 turut menyiarkan berita ini pada 1 Mei lalu.

Bagaimanapun gambar Micheal Asang, Ketua PBS Bahagian Labuk ketika penyerahan bendera BN,PBS dan Warisan tular dan diputar belitkan oleh ahli Warisan dalam media sosial.

 

Penularan gambar satu promosi kepada calon BN dari PBS yang baru

Hari ini naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan beliau telah melompat parti. 

Datuk Michael Asang tetap merupakan penyokong kuat PBS.

Merujuk kepada sekeping gambar yang disuai pinda dan dimuat naik di laman Facebook, yang menunjukkan beliau memegang dua bendera parti pembangkang, Asang berkata ia merupakan perbuatan pesaing BN yang kini berada dalam keadaan terdesak.

"Jelas sekali, pembangkang begitu terdesak untuk memenangi pilihan raya umum kali ini dan oleh itu mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat. Ini tidak lebih daripada satu taktik murahan bagi mengelirukan penyokong kami (BN).

"Sebenarnya, ia (gambar berkenaan) adalah sebaliknya. Saya memegang bendera PBS dan BN bagi mengalu-alukan penyertaan anggota baharu daripada Parti Warisan. Malah, calon BN bagi N40 Labuk, Abdul Rahman Kongkawang, juga menghadiri majlis itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau menyeru semua penyokong BN supaya memberi undi mereka kepada pengantinya (Abdul Rahman) Rabu ini (9 Mei).

Sementara itu, Asang, 70, yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Labuk selama empat penggal sejak 1999, memberitahu  bahawa beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi itu, yang dimenanginya bagi kali terakhir pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya jadi wakil rakyat sejak 1986. Saya semakin berusia. Kini tibalah masanya untuk saya berehat dan meluangkan masa dengan keluarga," katanya.

Comment