Kolej Komuniti Kimanis tawarkan pembelajaran industri minyak gas- Anifah
15:05 May 06, 2018  |  By SabahKini2
Kolej Komuniti Kimanis tawarkan pembelajaran  industri minyak  gas- Anifah

Kursus yang dicadangkan untuk Kolej Komuniti Cawangan Kimanis adalah Kursus Sijil Penyelenggaraan Industri di mana dalam kursus ini menawarkan pembelajaran mengenai industri Minyak & Gas, Kimpalan dan banyak lagi. Selain itu dicadangkan juga kursus sijil

PAPAR: Kerajaan Pusat meluluskan penubuhan sebuah Kolej Komuniti di kawasan Parlimen Kimanis, bagi memberi latihan kemahiran kepada belia tempatan sekitar kawasan ini.

Datuk Seri Anifah Aman berkata penubuhan kolej berkenaan bakal membuka lebih banyak peluang pembelajaran kemahiran teknologi dan vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya.

Katanya, penubuhan itu juga selaras hasrat kerajaan untuk membuka peluang dan akses kepada pendidikan TVET untuk masyarakat setempat serta peluang untuk pembelajaran sepanjang hayat.

“Masyarakat di luar bandar seperti di kawasan Kimanis ini yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui pendidikan sepanjang hayat yang ditawarkan oleh  Kolej Komuniti,” katanya.

Menurutnya, tidak banyak negara di dunia ini yang menawarkan pembelajaran sepanjang hayat dengan kos pengajian yang hampir percuma dan sesi pengajian begitu fleksibel.

“Masyarakat di luar bandar seperti di kawasan Kimanis ini yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui pendidikan sepanjang hayat yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti.

Kursus yang dicadangkan untuk Kolej Komuniti Cawangan Kimanis adalah Kursus Sijil Penyelenggaraan Industri di mana dalam kursus ini menawarkan pembelajaran mengenai industri Minyak & Gas, Kimpalan dan banyak lagi. Selain itu dicadangkan juga kursus sijil operasi perhotelan, kursus sijil pastri dan banyak lagi.

Penambahan Kolej Komuniti baru ini akan dapat membantu rakyat di Kawasa Parlimen P.176 Kimanis untuk menambah kemahiran serta meningkatkan daya saing dalam pasaran pekerjaan.

Ini sangat bertepatan dengan keperluan rakyat kawasan Parlimen P.176 Kimanis kerana kita mempunyai Sabah Oil & Gas Terminal dan Kimanis Power Plant selain daripada beberapa industri yang lain yang wujud di sini.

Kolej Komuniti juga mempunyai antara kos pengajian yang termurah seluruh Malaysia dan konsep pengajian adalah berdasarkan proses kerja sebenar yang meliputi teori dan praktikal. Disamping itu, anak-anak penerima BR1M juga diberikan elaun RM300 sebulan untuk belajar di Kolej Komuniti. Harga satu semester Kolej Komuniti adalah RM200 ringgit.

Anifah berucap merasmikan Majlis Perasmian Kolej Komuniti Cawangan Kimanis di sini hari ini.

4 Comments