Saya akan saman – Musa
06:05 May 08, 2018  |  By SabahKini2
Saya akan saman – Musa

Inilah cara parti WARISAN atau pembangkang, cakap bohong dan mengelirukan rakyat

PENAMPANG: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, menafikan tuduhan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Junz Wong, kononnya kerajaan negeri menjual projek Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) kepada pihak luar.

Musa berkata tuduhan itu tidak benar kerana projek TAED adalah milik penuh kerajaan negeri.

“Tuduhan ini tidak berasas… dia cakap saya jual sama China sedangkan TAED adalah dimiliki oleh kerajaan negeri. Dia buat sidang media untuk menyatakan perkara ini… dia menipu dan saya akan saman.

“Inilah cara parti WARISAN atau pembangkang, cakap bohong dan mengelirukan rakyat,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Hongkod Koisaan di sini malam tadi.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir ialah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Hari ini, Wong yang juga calon WARISAN bagi kerusi DUN Tanjung Aru meminta penjelasan kerajaan negeri mengenai isu kononnya 339 hektar tanah di Tanjung Aru digadaikan untuk meminjam RM3.6 bilion daripada kerajaan China. – BH ONLINE

3 Comments