Saya diberi mandat oleh 31 ADUN untuk tubuh Kerajaan Negeri Sabah- Musa
13:05 May 10, 2018  |  By SabahKini2
Saya diberi mandat oleh 31 ADUN untuk tubuh Kerajaan Negeri Sabah- Musa

Shafie Apdal membawa Presiden UPKO menyertai Warisan namun 5 lagi Adunnya tidak bersama dan kekal BN. Siapa selepas ini Warisan yang akan sertai BN?

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal gagal dalam cubaannya untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri baru hari ini dan mendakwa mempunyai kerusi mencukupi membentuk kerajaan negeri

Tan Sri Musa Aman pula bergegas ke Istana Negeri kerana dua pemimpin parti Star termasuk Dr Jeffery Kitingan yang menang PRU14 semalam bergabung dengan BN untuk tubuh kerajaan negeri Sabah dengan mempunyai 31 ADUN.

Walaupun Madius Tangau mengumumkan keluar BN dan menyertai Warisan, lima lagi calon UPKO yang menang PRU14 semalam masih bersama BN dan menafikan keluar dari UPKO.


Kesemua ADUN BN berkumpul di rumah Tan Sri Musa Aman untuk membentuk mengumumkan membentuk kerajaan negeri

Musa akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah hari ini selepas memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Saya diberi mandat oleh 31 ADUN untuk tubuh kerajaan negeri Sabah”. katanya

14 Comments