Drama Lompat Parti di Sabah berterusan
10:05 May 12, 2018  |  By SabahKini2
Drama Lompat Parti di Sabah berterusan

Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabon).

KOTA KINABALU, 11 Mei (Benama) -- Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.



Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

Dua lagi ADUN adalah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir ADUN Paginatan.

Ketika mengesahkan perkara itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kesemua enam ADUN berkenaan menyertai atau bergabung dengan Warisan tanpa paksaan.

"Dengan itu kini jumlah kerusi Warisan dengan Pakatan Harapan adalah 29 kerusi dan ditambah kemasukan enam lagi ADUN ini mencukupi (membentuk kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan lima daripada ADUN berkenaan, kecuali Osman.

Mohd Shafie berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiyuddin turut maklum berhubung jumlah kerusi yang melayakkan Warisan bersama DAP, PKR dan UPKO untuk membentuk kerajaan negeri.

"Tun sendiri telah memanggil individu terbabit dan bertanya sendiri dengan mereka sama ada untuk menyokong parti (Warisan)," katanya sekali gus memberikannya laluan untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Beliau turut berharap perkara itu dapat dihormati semua pihak kerana proses membentuk kerajaan negeri pimpinan Warisan itu adalah mematuhi undang-undang.

Katanya lagi, di peringkat negeri Sabah banyak proses seperti itu telah berlaku (peralihan demi peralihan) untuk membentuk kerajaan.

"Misalnya apabila UMNO mengambil kuasa (peralihan kuasa) daripada Parti Bersatu Sabah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS tidak mencukupi jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan), saya sendiri menghantar surat (UMNO mempunyai cukup jumlah kerusi) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu.

"Tun Said hantar surat dan serta merta Pairin sedar dan tahu tidak mencukupi (kerusi) dan terus meletakkan jawatan sekali gus membolehkan Tun Sakaran Dandai mengangkat sumpah menjadi ketua menteri Sabah, " katanya turut berharap Juhar dapat mempercepatkan proses pelantikan ketua menteri.

Ditanya sama ada akan lebih banyak lagi ADUN daripada BN menyertai Warisan, Mohd Shafie tidak menolak perkara itu sambil menyatakan beliau turut menerima banyak panggilan daripada mereka (ADUN BN).

Sementara itu, Madius berkata keputusan UPKO untuk membentuk gabungan bersama Warisan dan Pakatan Harapan adalah jalan terbaik untuk membantu rakyat.

"Saya percaya semua anggota UPKO termasuk tiga lagi ADUN lain yang menang pada pilihan raya umum ke-14, Rabu lepas akan bersama dengan keputusan UPKO ini, " katanya.

Sementara itu, Ewon berkata segala keputusan pimpinan tertinggi UPKO harus dipatuhi dan ini adalah terbaik untuk parti itu.

"Saya sentiasa berpegang dengan apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh parti dan saya telah berjumpa dengan TYT dan beliau maklum pendirian saya (akan setia) bersama UPKO, " katanya.

Muis berkata keputusannya untuk bersama Warisan adalah mengikut senario politik terkini yang memperlihatkan sekiranya kerajaan pusat dan negeri tidak sehaluan dengan itu agenda pembangunan rakyat sukar dilaksanakan.

Hamisa yang senada dengan Muis berkata keputusannya dibuat demi rakyat di kawasannya.

Jamawi pula berkata beliau memikul amanah untuk memastikan rakyat menerima manfaat pembangunan daripada kerajaan.

Ramai adun-adun melompat ke Warisan diugut dan ditawarkan jawatan penting. Jamawi sendiri diugut dengan fail SPRM kononnya kerajaan Pusat yang berkuasa mengenai SPRM.

Apa lagi drama selepas ini?

4 Comments